• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Terima Geran Penyelidikan Anugerah Merdeka

oleh AK-47
13/12/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR- Geran Penyelidikan Anugerah Merdeka Penempatan Antarabangsa 2017 telah menganugerahkan tiga orang penyelidik daripada industri kemajuan sains pertanian, perubatan dan kesenian peluang untuk mengembangkan kajian mereka.

Penyelidik, Shahar A/L Koyok, 32; Dr Sophia Rasheeqa Ismail, 30; dan Dr Zetty Norhana Balia Yusof, 35; masing-masing menerima geran bagi penyelidikan untuk mengangkat martabat budaya Orang Asli di negara ini, penyelidikan secara terperinci mengenai hubungan antara lipid (lemak) subtaip dan risiko penyakit ‘myocardial infarction’ serta kajian mengenai rumpai laut untuk mengurangkan jangkitan kulat pada pokok kelapa sawit.

Sultan Nazrin menyampaikan geran Penyelidikan Anugerah Merdeka Penempatan Antarabangsa 2017 kepada Shahar A/L Koyok. Pix: Fisha Hanudin

Ketiga-tiga penerima geran ini akan menerima bantuan kewangan bagi penempatan jangka pendek dan kebebasan memilih untuk mengikuti projek atau program kerjasama di institusi, syarikat, agensi serta organisasi yang mendapat pengiktirafan antarabangsa untuk tempoh tiga bulan.

Geran ini telah disampaikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, selaku Penaung Diraja Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka di The Malaysian Petroleum Club, Menara Berkembar Petronas di sini, hari ini.

“Satu-satunya cara untuk mewarisi legasi kepada generasi akan datang adalah dengan mengekalkan kejayaan Malaysia sebagai pemain global yang dinamik dan berdaya saing,” titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Pix: Fisha Hanudin

Di dalam ucapannya, Sultan Nazrin bertitah,“Selari dengan namanya, Anugerah Merdeka berusaha untuk memupuk budaya kecemerlangan, menggalakkan pemikiran dalam kepimpinan dan inovasi, dan memperluaskan dasar pandang global.

“Bagi mewarisi legasi untuk generasi mendatang, satu-satunya cara adalah dengan mengekalkan kejayaan Malaysia sebagai pemain global yang dinamik, berdaya saing dalam sektor-sektor yang merangkumi sains dan teknologi, kepada seni dan kemanusiaan.”

Selanjutnya, mengenai penerima Geran Penyelidikan Anugerah Merdeka Penempatan Antarabangsa pada tahun ini, baginda turut bertitah,:“Tiga orang bakat muda Malaysia yang bersemangat perintis ini berpeluang mendapat manfaat daripada kerjasama bersama pakar-pakar terbaik dunia, mengumpul pengalaman berherga bagi bidang mereka dan mencari penyelsaian terbaik untuk kemaslahatan masyarakat sejagat.”

Geran Penyelidikan Anugerah Merdeka Penempatan Antarabangsa itu dilancarkan pada tahun 2012 sebagai program khas di bawah kelolaan Anugerah Merdeka. Dengan pengumuman tahun ini, 11 anak muda Malaysia telah berjaya menerima geran ini, dengan lapan daripadanya telah menamatkan penempatan antarabangsa mereka.-MYNEWSHUB.CC

Tags: anugerah merdekaPenyelidikSultan Perak Sultan Nazrin Shah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Malaysia Sedia Terima Lebih Ramai Pelajar, Penyelidik, Pensyarah Dari Qatar’

‘Malaysia Sedia Terima Lebih Ramai Pelajar, Penyelidik, Pensyarah Dari Qatar’

19/05/2023
1

KUALA LUMPUR : Tajaan dan bantuan pendidikan tinggi kepada pelarian serta pelajar dari negara berhadapan konflik antara isu dibincangkan dalam...

Malaysia Perlu Terus Tekan Institusi Antarabangsa Henti Kekejaman Israel

Penyelidik Bimbang Pencairan Ais Antartika Tingkatkan Paras Laut

08/04/2023
0

LONDON: Satu kajian baharu mendedahkan kadar pencairan ais di Antartika didapati me­nimbulkan kebimbangan baharu penyelidik berhubung pe­ningkatan paras laut. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd