• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Tan Sampah Dibersihkan Di Rumah OKU

oleh Ahmad Albab
05/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Lebih tiga tan sampah termasuk barangan terpakai di rumah kediaman dua beranak orang kelainan upaya (OKU), di jalan Han Hui Foong di sini hari ini, dikutip dan dibuang dalam satu program gotong-royong melibatkan pelbagai agensi.

Pengarah Bomba Negeri Sembilan Norazam Khamis berkata sampah sarap tersebut merupakan sisa makanan dan juga barangan terpakai dikumpulkan Au Yang Kar Yan, 31, yang merupakan seorang OKU lembam.

Beliau berkata wanita OKU ini yang tinggal bersama ayahnya Au Yang Sui Hong, 76, yang juga merupakan OKU cacat penglihatan sejak 10 tahun lalu, menyebabkan sampah di dalam rumah tidak dapat dibuang dengan baik.

“Hari ini, pada 9 pagi, kami jalankan gotong-royong untuk membersihkan rumah jenis kayu yang didiami dua beranak ini sejak 10 tahun lalu, kerana dikhuatiri timbunan sampah di dalam rumah mereka ini mempunyai risiko yang tinggi untuk terbakar.

“Jadi seramai 50 anggota pelbagai agensi antaranya anggota bomba, Pasukan Bomba Sukarela, Majlis Perbandaran Seremban, Tenaga Nasional Berhad, SWM Environment Sdn Bhd dan Polis Diraja Malaysia yang terlibat dalam aktiviti gotong-royong membersihkan rumah dua beranak ini.

“Antara barangan yang dikutip selain sisa makanan adalah buku lama, tin, baju terpakai, surat khabar lama serta kotak-kotak kosong,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir Penolong Pengarah Operasi Pegawai Kanan Bomba Ahmad Mukhlis Mokhtar, Ketua Balai Bomba Seremban Mohammad Idris dan Pengerusi Pasukan Bomba Sukarela Dewan Undangan Negeri Temiang Titan Ho Kok Yew.

Norazam berkata selain membersihkan rumah dua beranak itu, pihaknya turut melakukan pembersihan di sepanjang Jalan Han Hui Foong.

Beliau berkata mengenai nasib dua beranak itu, pihaknya akan merujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat atau pihak yang berkenaan bagi membolehkan mereka ditempatkan di pusat penjagaan yang sesuai.

Sementara itu Titan berkata usaha ini merupakan sebahagian tanggungjawab Pasukan Bomba Sukarela untuk menjadi mata dan telinga kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam mencegah kebakaran.

“Kalau lihat keadaan dalam rumah dengan barangan terpakai yang banyak, risiko untuk terbakar itu tinggi dan sekiranya kebakaran berlaku, api akan merebak dengan cepat kerana rumah-rumah di sekitar kawasan ini jenis kayu dan dibina agak rapat,” katanya. – BERNAMA

Tags: BombaSampah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Tak Ada Istilah Tumpang Kasih Bila Nikah Laki Orang”

Next Post

TPM Lancar Skuad Penerangan Anak Muda Pemuda UMNO

Related Posts

Kebakaran Saluran Paip Gas, 7 Mangsa Diselamatkan – Bomba

Kebakaran Saluran Paip Gas, 7 Mangsa Diselamatkan – Bomba

01/04/2025
0

SUBANG JAYA: Tujuh mangsa, termasuk dua warga Malaysia diselamatkan susulan kebakaran akibat kebocoran saluran paip gas PETRONAS di Jalan Putra...

Bomba Selamatkan Budak Terperangkap Dalam Tempayan

Bomba Selamatkan Budak Terperangkap Dalam Tempayan

02/03/2025
0

SHAH ALAM: Seorang budak lelaki berdepan detik cemas apabila sebahagian badannya tersangkut dalam tempayan ketika mandi dalam kejadian di sebuah...

Next Post

TPM Lancar Skuad Penerangan Anak Muda Pemuda UMNO

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd