• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

20 Ditahan Disyaki Terlibat Kumpulan Pengganas

oleh AK-47
23/12/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang bekas guru di sebuah sekolah rendah di Kuching, Sarawak antara 20 individu yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan kumpulan pengganas menerusi operasi yang dijalankan dari 30 November hingga 15 Disember lalu di Johor, Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata lelaki berusia 46 tahun itu ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor pada 1 Disember lepas.

“Suspek adalah ahli kumpulan WhatsApp ‘The Rise Of Jundullah’ yang terlibat dalam rancangan serangan ke atas ‘The Better Beer Festival 2017’. Suspek juga turut merancang untuk menyusup masuk ke selatan Filipina bagi menyertai kumpulan pengganas yang beroperasi di situ,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata sehari sebelum itu, (30 November) polis menahan seorang lelaki warga Indonesia di Pontian, Johor yang dipercayai terlibat dalam insiden pengeboman di Bandung pada Julai lepas sebelum menyusup masuk ke Malaysia bagi mengelak ditangkap pihak berkuasa Indonesia.

Katanya suspek berusia 24 tahun itu merupakan seorang pemimpin kanan kumpulan Jamaah Ansharut Daulah yang merancang mengumpul dana di Malaysia sebelum berlepas ke Syria untuk menyertai kumpulan Daesh.

Mohamad Fuzi berkata tangkapan seterusnya dibuat pada 4 Disember lepas di Sandakan, Sabah dengan kerjasama Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) melibatkan empat lelaki warga Indonesia berusia 31 hingga 38 tahun.

Beliau berkata kesemua suspek memasuki Malaysia secara haram menerusi Tarakan dan Nunukan, Indonesia serta merancang untuk menyusup masuk ke selatan Filipina bagi menyertai kumpulan pengganas di situ.

Katanya pada 6 Disember, seorang lelaki warga Filipina berusia 50 tahun ditahan di ibu negara kerana dipercayai mempunyai hubungan persaudaraan dengan pemimpin tertinggi kumpulan pengganas Abu Sayyaf Group (ASG).

Suspek disyaki merekrut warga Filipina di sekitar Kepong di sini untuk menyertai kumpulan ASG di selatan Filipina.

Pada 10 Disember lalu, polis menahan enam lelaki tempatan dan lima lelaki Filipina berusia 16 hingga 47 tahun di Sandakan, Sabah kerana dipercayai merancang menyertai kumpulan pengganas di selatan Filipina.

Katanya pada hari sama, polis menahan seorang lelaki warga Filipina di Masai, Johor kerana disenaraikan sebagai orang yang dikehendaki pihak berkuasa Filipina berikutan disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan di negara berkenaan.

Tangkapan terakhir katanya melibatkan seorang lelaki berusia 31 tahun dari sebuah negara di utara Afrika di KLIA pada 15 Disember lepas kerana dipercayai terlibat dalam kumpulan pengganas Daesh di Iraq dan Syria.

“Kesemua suspek yang ditangkap disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIA – Kesalahan Berkaitan dengan Keganasan, Kanun Keseksaan dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747),” katanya. – BERNAMA

Tags: Kumpulan PengganasTan Sri Mohamad Fuzi Harun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

13 Ditahan Terbabit Kumpulan Sulu, Abu Sayyaf, Maute

18/03/2019
0

POLIS menahan 12 rakyat Filipina dan seorang lelaki tempatan di Sabah minggu lalu kerana disyaki terbabit dalam aktiviti pengganas. Ketua...

Anti-ICERD: PDRM Siap Siaga Hadapi Sebarang Isu

08/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Polis menasihatkan agar peserta perhimpunan kesyukuran kerajaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Me­ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd