• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lelaki Mengaku Tidak Bersalah Sertai Abu Sayyaf

oleh Ahmad Albab
11/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dan adik iparnya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan masing-masing menjadi anggota kumpulan pengganas Abu Sayyaf dan menyembunyikan maklumat berkaitan kumpulan pengganas berkenaan.

Warga tempatan Hajar Abdul Mubin, 25, dan adik iparnya Abdul Syamir Dabilin, 25, rakyat Filipina, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak.

Kedua-dua lelaki yang bekerja sebagai buruh binaan itu dipercayai antara 19 suspek yang ditahan sebelum ini dalam cubaan melakukan serangan ketika upacara penutup Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Mengikut pertuduhan, Hajar yang merupakan perancang utama serangan itu didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas Abu Sayyaf mengikut seksyen 130KA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan denda, jika sabit kesalahan.

Dia yang berasal dari Sabah dituduh melakukan kesalahan itu di ZA 2-14 Lorong Pangsa Baiduri 2, Taman Desa Baiduri, Cheras antara 2010 dan 30 Ogos 2017.

Abdul Syamir pula didakwa dengan sengaja menyembunyikan maklumat berhubung kumpulan itu yang mana mereka terikat di sisi undang-undang untuk memberi maklumat tersebut di tempat, waktu dan tarikh yang sama.

Pertuduhan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mohd Sofian menetapkan 11 Jan depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi.

Media sebelum ini melaporkan polis mematahkan rancangan kumpulan pengganas di negara ini yang dipercayai penyokong Daesh dalam cubaan melakukan serangan ketika upacara penutup KL2017 dan Perbarisan Hari Kebangsaan 2017 di Dataran Merdeka. – BERNAMA

Tags: abu sayyafmahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

01/04/2026
0

KLANG -Tertuduh kes individu memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal didakwa di bawah...

Digari, Menangis Hingga Pengsan

Digari, Menangis Hingga Pengsan

01/01/2026
0

Wanita Tular Didakwa Hina Polis & Islam Dibawa Ke Mahkamah ALOR SETAR: Seorang wanita warga tempatan yang tular di media...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd