• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

17,600 Bungkus Rokok Seludup RM93,000 Disita

oleh Ahmad Albab
23/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau merampas 17,600 bungkus kecil rokok seludup pelbagai jenama bernilai RM93,000 dalam serbuan terhadap sebuah van di kawasan Batu 5 Jalan Kinabutan di sini, malam tadi.

Bagaimanapun dalam kejadian 10.30 malam itu, seorang lelaki yang juga pemandu van jenama Hiace berjaya melarikan diri.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah ACP Yazib Abd Aziz berkata sepasukan anggota unit risikan PPM Tawau yang membuat pemantauan di kawasan Batu 3, Jalan Apas itu terserempak van suspek dalam keadaan mencurigakan sebelum suspek tiba-tiba memecut laju kenderaan tersebut ketika dihampiri untuk diperiksa.

“Van tersebut dikejar dan apabila sampai di Jalan Kinabutan, ia terbabas di bahu kiri jalan dan hasil pemeriksaan pemandunya telah melarikan diri tetapi menemukan 25 kotak mengandungi 7,800 bungkus rokok jenama Apache (RM46,800) serta 9,600 bungkus rokok A Satu (RM43,200),” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Yazib berkata turut dirampas adalah van serta sebuah alat walkie-talkie dan nilai rampasan keseluruhan RM189,000. – BERNAMA

Tags: Rokok Seludup
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerana RM3, Asyraf Terpaksa Beraya Dalam Penjara

Polis Kelantan Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih RM4 Juta

07/04/2024
0

Kota Bharu: Polis Kelantan merampas 27,350 karton rokok seludup bernilai lebih RM4.1 juta yang dimuatkan dalam treler di Jalan Sultan...

Maritim Malaysia Rampas 410,000 Batang Rokok Seludup

Maritim Malaysia Rampas 410,000 Batang Rokok Seludup

08/02/2023
0

KUALA TERENGGANU: Maritim Malaysia Terengganu mematahkan cubaan penyeludupan rokok selepas merampas 410,000 batang rokok putih yang bernilai hampir RM250,000 dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd