• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

166 Premis Makanan Diarah Tutup Di N.Sembilan

oleh Ahmad Albab
12/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Sebanyak 166 premis menjual makanan di seluruh negeri diarah tutup serta-merta kerana melanggar peraturan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 menerusi operasi bersepadu Jabatan Kesihatan negeri, setakat November lepas.

Pengarah Kesihatan negeri Dr Zainudin Mohd Ali berkata selain itu, sebanyak 1,607 notis Seksyen 32B Akta Makanan 1983 yang boleh dikompaun bernilai RM326,350, telah dikeluarkan kepada pemilik dan pengendali makanan atas pelbagai kesalahan yang melanggar Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM).

“Sebanyak 6,495 premis makanan telah diperiksa dalam tempoh itu. Jenis-jenis kesalahan yang kerap dilakukan adalah tidak memakai apron dan penutup kepala, tiada sijil latihan pengendali makanan, tidak mengambil suntikan antitifoid, tidak mendaftarkan premis makanan dan pelbagai kesalahan lain,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Katanya premis yang diarah tutup kebiasaannya mempunyai lebih daripada satu kesalahan dan tahap kebersihan yang sangat rendah serta perlu diambil tindakan segera untuk meningkatkan tahap kebersihan mereka.

Beliau menasihatkan pengendali makanan agar mengambil perhatian serius serta sentiasa mematuhi aspek kebersihan dan keselamatan makanan semasa menyediakan hidangan kepada pelanggan, terutamanya premis yang beroperasi 24 jam.

“Jabatan Kesihatan serta pihak berkuasa tempatan sentiasa memantau serta akan memastikan mana-mana aduan yang diterima daripada pelanggan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan diadakan siasatan serta tindakan yang sewajarnya,” katanya.

Dr Zainudin berkata dua daripada lima premis yang diperiksa di Seremban semalam diarah tutup selama 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983, manakala sembilan notis yang boleh dikompaun mengikut Seksyen 32B akta sama telah dikeluarkan bernilai RM1,850.

“Seramai 13 pegawai Jabatan Kesihatan negeri terlibat dalam operasi itu. Fokus utama operasi ini adalah penguatkuasaan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 yang menekankan aspek penilaian tahap kebersihan premis serta lain-lain kesalahan bawah akta dan peraturan tersebut,” katanya. – BERNAMA

Tags: gerai makananNegeri Sembilan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hrithik Kalahkan SRK Aktor Terseksi Bollywood

Next Post

Pesta Kucing Seremban Pada Jumaat & Sabtu

Related Posts

Sindiket Pelaburan Palsu ‘Ah Kit’ Tumpas Di Negeri Sembilan

Sindiket Pelaburan Palsu ‘Ah Kit’ Tumpas Di Negeri Sembilan

01/05/2025
0

SEREMBAN - Polis Negeri Sembilan berjaya menumpaskan sindiket penipuan pelaburan dalam talian membabitkan kumpulan 'Ah Kit' menerusi serbuan di sekitar...

117 Ditahan Dalam Serbuan Pusat Pelacuran Di Selangor, Negeri Sembilan

117 Ditahan Dalam Serbuan Pusat Pelacuran Di Selangor, Negeri Sembilan

27/07/2024
0

Putrajaya : Seramai 117 individu ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang menumpaskan dua sindiket pelacuran warga asing dalam operasi khas...

Next Post

Pesta Kucing Seremban Pada Jumaat & Sabtu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd