• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

146 Individu Telibat Sindiket Macau Scam Ditahan

oleh AK-47
19/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 146 individu pada 12 Dis lepas kerana disyaki terlibat sindiket penipuan ‘Macau Scam’ dan perjudian dalam talian dengan jumlah kerugian dianggarkan RM13 juta.

Mereka ditahan dalam serbuan dijalankan di sembilan lokasi sekitar Lembah Klang yang melibatkan 71 suspek dan dua lokasi di China iaitu Guangdong dan Yunnan melibatkan 75 suspek.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit (JSJK) Aman Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata penahanan kesemua suspek berumur lingkungan 30 sehingga 45 tahun itu adalah hasil kerjasama JSJK dengan polis China.

Beliau berkata sindiket itu dipercayai telah beroperasi selama enam bulan di Malaysia dan China.

“Modus operandi mereka adalah dengan membuat panggilan kepada mangsa menggunakan platform VOIP (voice over internet protocol) dan menyamar sebagai pegawai daripada institusi kewangan untuk memperdaya mangsa,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Amar Singh berkata mangsa yang terperdaya selepas menerima panggilan itu akan menghubungi semula nombor telefon suspek untuk memasukkan wang ke dalam bank akaun tertentu milik suspek.

“Hasil serbuan itu, polis berjaya merampas antaranya 60 telefon bimbit, 36 pasport, enam penghala (router) yang berfungsi sebagai sebuah alat penghubung di antara rangkaian komputer yang berlainan dan lima tablet.

“Kesemua suspek direman selama 14 hari dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan Akta Imigresen,” katanya.

Dalam kes berasingan, Amar Singh berkata JSJK berjaya menahan enam individu tempatan kerana disyaki terlibat perjudian dalam talian di Kuchai Entrepreneurs Park di sini.

“Mereka dipercayai telah bergiat aktif selama dua tahun serta menggunakan modus operandi dengan menghantar jemputan di media sosial seperti Facebook atau WeChat untuk menarik orang ramai.

“Selain itu, mereka juga mampu memperoleh pendapatan sebanyak RM300,000 setiap bulan hasil daripada judi online itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Sindiket Macau Scam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ketua Sindiket Macau Scam Ditahan

01/12/2020
0

KUALA LUMPUR - Dalang utama sindiket Macau Scam dan judi dalam talian yang menghubungkan antara sindiket Malaysia dan China antara...

Polis Teruskan Usaha Buru Goh

18/10/2020
0

KUALA LUMPUR - Polis meneruskan usaha memburu suspek utama kes pengubahan wang haram didalangi sindiket Macau Scam yang melarikan diri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd