• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, February 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zizan ‘Sorok’ Kisah Cinta Dengan Mira?

oleh
23/11/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAHU fokus dan dipandang kerana pencapaian karier dan bukan kerana gosip cinta semata-mata membuatkan Zizan Razak enggan membuka mulut soal cinta.

Pemilik nama sebenar Mohammad Razizan Abdul Razak ini masih belum lagi bersedia untuk bercerita mengenai hubungan rapatnya bersama dengan pelakon cantik manis, Mira Filzah.

Sebelum ini, kedua-dua pasangan selebriti ini pernah digosipkan bersama selepas mereka membintangi telefilem Jula Juli Bintang Cinta.

Menurut pelakon dan pelawak yang berusia 33 tahun itu, kisah percintaannya merupakan satu perkara yang agak peribadi untuk dikongsikan kepada umum.

Bagaimanapun, beberapa tahun yang lalu, karier Zizan agak merundum sedikit selepas hubungannya bersama dengan aktres cantik, Emma Maembong terputus di tengah jalan.

“Saya tidak boleh komen tentang itu, ia terlalu peribadi untuk dikongsi dengan media.

“Saya tidak mahu libatkan soal peribadi dengan kerjaya. Soal kerjaya saya boleh cerita tapi kalau cinta sudah terlalu banyak rasanya,” ujarnya dipetik daripada portal mStar Online.

Dalam masa yang sama, anak jati Dungun, Terengganu itu juga mengaku bahawa kerjayanya lebih menyerlah tanpa sebarang gosip mengenai percintaannyaa dengan mana-mana selebriti wanita.

“Saya tidak mahu cerita cinta saya dengan siapa sahaja sekalipun kerana saya selesa sekarang.

“Saya sendiri lihat kerjaya saya menjadi lebih baik selepas tiada lagi cerita-cerita cinta,” katanya.

Namun, jika suatu hari nanti sudah sampai jodohnya, dia berjanji untuk berkongsikan berita bahagia itu kepada para peminat.

“Insya-Allah kalau ada jodoh dan sampai masanya saya akan beritahu juga. Saya tidak akan sorok perkara itu,” tambah Zizan yang baru-baru ini tumbang di set penggambaran filem Polis Evo2.

Zizan semalam baru sahaja menghadiri tayangan pratonton filem televisyen Baby Bro di The Garden Mall yang merupakan filem dibawah arahan Ghaz Abu Bakar dan bakal disiarkan di Astro First Eksklusif pada 30 Novembe ini.

Selain Zizan, sekali lagi Shaheizy Sam juga turut digandingkan bersamanya di dalam naskah aksi ringan kali ini.

“Seronok sekali-sekala dapat berlakon naskhah seperti ini. Filem ini juga khas buat peminat-peminat saya dikalangan kanak-kanak,” ujarnya.

Ehemm… Kalau ada jodoh Zizan dengan Mira pun apa salahnya kan. Mira pun tengah single tu. Kalau suka, cepat-cepat lah hantar rombongan, Takut nanti kena kebas orang pula. -MYNEWSHUB.CC / AH

Tags: cintaMira FilzahZizan Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mira Filzah Hamil Cahaya Mata Sulung

21/01/2022
0

PETALING JAYA : Pelakon dan pengacara, Mira Filzah sedang hamil cahaya mata sulung. Khabar gembira tersebut dikongsikan suami tercintanya, Wan...

Mira Filzah Kini Isteri Orang

04/09/2020
0

DENGAN sekali lafaz, pelakon Mira Filzah, 27, sah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar Wan Mohamad Khair-il Anuar, 30, anak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd