• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wenger Dedah Nama Penggantinya

oleh Ahmad Albab
23/11/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KERAP didesak penyokong Arsenal untuk meletak jawatan, Arsene Wenger kini pasrah dan telah mengenal pasti pengganti terbaik untuk mengisi kerusi panas yang bakal ditinggalkannya di Emirates.

Wenger telah menamakan bekas bintang Arsenal, Giovanni van Bronckhorst sebagai calon paling layak untuk menggantikannya.

Pengendali kelahiran Perancis itu menandatangani kontrak baharu selama dua tahun bersama The Gunners Mei lalu tetapi dia mengakui akan mengkaji semula kedudukannya pada akhir musim ini.

Malah pihak pengurusan tertinggi kelab mahu memastikan setiap langkah diambil bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar.

Van Bronckhorst mengambil alih Feyenoord pada 2015 dan membantu kelab Belanda itu menjulang trofi liga musim lalu selepas memenangi Piala KNVB dalam kempen pertamanya.

Pengendali berusia 42 tahun itu memperkuat Arsenal selama tiga musim sebelum menyertai Barcelona pada 2004.

Dia pernah memenangi dua trofi bersama Arsenal pada 2002.

Wenger dikatakan amat mengagumi corak latihan Van Bronckhorst selepas berjaya mengemudi Feyenoord memenangi aksi liga pertama mereka dalam tempoh 18 tahun.

Dia pernah bekerjasama dengan beberapa jurulatih terkemuka seperti Guus Hiddink, Dick Advocaat dan Frank Rijkaard sepanjang kariernya.

Arsenal akan mendapatkan nasihat daripada Wenger berhubung calon sesuai untuk posisi pengurus pasukan itu, lapor Daily Star.

Nama-nama seperti Thomas Tuchel, Eddie Howe dan Massimiliano Allegri juga akan dipertimbangkan pihak pengurusan tertinggi Arsenal tetapi Wenger mungkin mempengaruhi keputusan mereka. – mStar Online

Tags: ArsenalArsene Wenger
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan China ‘Pangkah’ Ozil

16/12/2019
0

BEIJING - Gara-gara menyatakan sokongan terhadap etnik Uighur di Xinjiang, stesen penyiaran kerajaan China, CCTV menarik balik siaran langsung perlawanan...

Ozil Kritik Umat Islam Abaikan Etnik Uighur

14/12/2019
0

BINTANG Arsenal, Mesut Özil mendakwa umat Islam hanya berdiam diri ketika etnik minoriti Uighur di Xinjiang ditindas di bawah kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd