• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Singapura Boleh Bayar Saman Trafik

oleh AK-47
27/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Warganegara Singapura yang mempunyai saman trafik tertunggak boleh membuat semakan dan pembayaran saman di 900 kiosk yang telah disediakan di negara tersebut selain boleh melakukannya secara dalam talian.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman SAC Sharul Othman Mansor berkata setakat ini sebanyak 37,506 saman tertunggak membabitkan warga Singapura iaitu mencatatkan jumlah saman kenderaan asing tertinggi selepas Thailand, Brunei dan Indonesia sejak 2014.

“Pembayaran saman trafik boleh dibuat di 900 kiosk yang telah Polis Diraja Malaysia (PDRM) sediakan di Singapura selain mereka boleh membuat bayaran secara online.

“Tidak ada alasan tiada kemudahan atau tempat untuk membuat pembayaran saman di Singapura, termasuk tidak ada keperluan untuk PDRM membuka kaunter khas di Kedutaan Malaysia di Singapura atau negara sempadan lain setakat ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Menurutnya selain itu pengguna kenderaan dari negara jiran itu juga boleh membayar saman trafik di beberapa lokasi di Johor seperti di Johor Premium Outlets selain di pusat rehat dan rawat (R&R} Gelang Patah.

Beliau berkata menerusi Op Saman Tertunggak Warganegara Asing (OSTWA) yang dijalankan sejak 2014, ia merekodkan sebanyak 61,057 saman tertunggak membabitkan warga asing atas pelbagai kesalahan daripada jumlah keseluruhan 81,708 saman yang dikeluarkan.

“Daripada jumlah itu hampir 60 peratus adalah saman melibatkan pengguna jalan raya dari Singapura dan kesalahan terbanyak melibatkan kes memandu lebih had laju,” katanya.

Ditanya adakah pihak PDRM berkuasa untuk menyekat kemasukan kenderaan dan warga asing yang masih gagal membayar saman trafik beliau berkata PDRM tidak ada kuasa untuk melakukan perkara tersebut.

Sharul berkata OSTWA menggunakan dua peranti khas yang dikenali “Mobile Compound Online Payment System” (MCOPS) dan kamera “Intelligent Compound Online Payment System” (ICOPS) untuk menyemak dan mengesan saman tertunggak warga asing secara automatik. – BERNAMA

Tags: SAC Sharul Othman Mansorsaman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 24 Jun ini untuk mendengar saman pemula difailkan UMNO bagi mendapatkan pengisytiharan supaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd