• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vincent Jadi Balik Pengerusi Berjaya Lepas 5 Tahun Rehat

oleh
02/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGASAS konglomerat Berjaya Corp. Bhd. (BCorp), Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun kembali terajui syarikat sebagai pengerusi eksekutif setelah melepaskan jawatan itu pada 23 Februari 2012.

Media tempatan melaporkan tokoh korporat itu mengambil alih jawatan tersebut daripada anaknya, Datuk Seri Robin Tan Yeong Ching, yang masih lagi meneruskan peranan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat.

Vincent yang berusia 65 tahun, melepaskan jawatan berkenaan lima tahun lalu atas alasan mahu fokus kepada kerja amal manakala Robin sepanjang tempoh itu turut me­laksanakan pelbagai program kebajikan dan inisiatif sosial.

Bagaimanapun menurut kenyataan BCorp kepada media, pada masa yang sama, bilionaire hebat itu juga kekal aktif meneroka banyak peluang perniagaan baharu untuk syarikat de­ngan peranannya sebagai peng­asas dan penasihat.

Robin Tan, 43, dalam perutusannya kepada Lembaga Pengarah BCorp berkata, “sebagaimana anda semua tahu, walaupun semasa persaraan, saya (Vincent) sentiasa aktif mencari peluang perniagaan baharu untuk syarikat.

“Namun Robin telah me­laksanakan tugas cemerlang sebagai pengerusi dan CEO. Beliau mengukuhkan organisasi korporat dan amalan terbaik, serta syarikat menikmati pertumbuhan dan kemajuan bagus semasa diterajuinya.

Vincent Tan (kanan) ketika meraikan parti hari lahir meriah Mahathir Mohamad (tengah) pada 2015 lalu. – Gambar hiasan

“Bagaimanapun, saya rasa selepas berjauhan selama lima tahun, tibalah masanya kini untuk saya kembali ke dalam Lembaga Pengarah untuk terlibat secara aktif di dalam membuat keputusan di peringkat lembaga pengarah.

“Ini juga bagi mempamerkan komitmen dan kewibawaan saya kepada pemegang saham kita,” tambah beliau. Nama Vincent jadi perhatian umum kerana muncul meraikan parti hari lahir Tun Dr. Mahathir Mohamad ke-90 tahun.

Majlis sambutan meriah pada tahun 2015 bertema A Night of Stars dan ala filem ejen perisikan terkenal British, James Bond itu mencetuskan kritikan ramai umat Islam yang kesal dengan gaya Barat mewah parti untuk Mahathir.

Ia juga tidak sesuai dengan usia lanjut pengerusi blok pembangkang Parti Harapan tersebut; jauh berbeza daripada majlis sederhana hari lahir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang secara kebetulan sehari sebelum itu.

Najib dilaporkan hanya menganjurkan majlis tahlil, bacaan Yasin, dan doa selamat di kediamannya di ibu negara pada malam Jumaat penuh berkat itu yang dihadiri ramai pelajar tahfiz dari beberapa institusi berhampiran.

Baca: Parti Hari Jadi Ke-90 Tun M Memang Hebat Meriah

Juga: Ramai Cina Rasis Kutuk Anak Vincent Tan Bertunang

Nama Vincent sekali lagi menjadi fokus ramai netizen tempatan apabila anaknya, Chryseis Tan, 29, bertunang pula dengan anak jutawan pewaris Kumpulan Naza, SM Faliq SM Nasimuddin, di Marrakesh, Maghribi pada 30 Jun lalu.

Dengan kekayaan lebih RM5 bilion, Vincent yang dilahirkan di Batu Pahat, Johor pada 1952 turut gah dalam arena bola sepak antarabangsa apabila memiliki Cardiff City FC, Britain; FK Sarajevo, Bosnia dan KV Kortrijk, Belgium.

Dalam pada itu, Robin, yang mewakili ahli-ahli lembaga pengarah berkata, sebagai pemegang saham utama BCorp, memang bertepatan untuk Vincent mengambil alih semula kedudukannya sebagai pengerusi kongolomerat tersebut.

“Tan Sri telah memulakan perniagaan secara kecil pada 1972 lalu dalam usia awal 20-an sebagai pengedar kereta dan peralatan pembinaan. Pada masa sama, beliau pernah bekerja sebagai ejen jualan insurans hayat.

“Dengan pengalaman ke­usa­hawanan lebih empat dekad dan dedikasi serta komitmen teguh terhadap syarikat, kami tidak ragu bahawa beliau akan membawa kumpulan syarikat BCorp ke tahap yang lebih cemerlang,’’ kata Robin.

Susulan pengumuman itu, saham BCorp ditutup jatuh 0.5 sen atau 1.49% kepada 33 sen semalam, dengan 8.6 juta saham didagangkan, membawa modal pasaran sebanyak RM1.61 bi­lion. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: vincent tan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sukarelawan 1M4U Di 140 Sekolah Tahun Depan

Next Post

Pengacaraan Nabil Dan Jihan Di Gegar Vaganza Dikritik?

Related Posts

Bekas MB Terengganu Nafi Jual Tanah Kerajaan Kepada Vincent Tan

28/03/2022
0

CHUKAI : Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menafikan tuduhan beliau menyerahkan tanah milk kerajaan di Pulau Redang...

Mengapa Tuduhan Kepada Anak Vincent Tan Dikurangkan?

21/02/2022
0

Semalam saya tanya Tun Mahathir berkenaan komen beliau berhubung isu hangat mengenai kes anak taikun yang disyaki menanam berpuluh pokok...

Next Post

Pengacaraan Nabil Dan Jihan Di Gegar Vaganza Dikritik?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd