• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Penunggang Biadab Tendang Kon Sepanjang Jalan

oleh AK-47
15/02/2025
dalam Utama & Sensasi, Video Viral
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tular di media sosial tindakan biadab seorang penunggang motosikal yang menendang kesemua kon yang diletakkan oleh peronda lebuh raya.

Insiden yang sempat dirakam oleh seorang pemandu kereta itu menunjukkan aksi lelaki terbabit yang bukan saja mendatangkan bahaya kepada diri, malah pengguna lebuh raya yang lain.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman Facebook Info Roadblock Jpj/Polis, kejadian dipercayai berlaku di sekitar Lebuhraya Cheras-Kajang, berdekatan Cheras Sentral, di sini.

Difahamkan, beberapa buah kereta yang melalui jalan itu juga hampir mengenai kon-kon yang ditendang oleh penunggang motosikal terbabit.

Tindakan berkenaan dicemuh pengguna laman sosial kerana ia bukan sahaja menyusahkan, tetapi juga berpotensi membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

“Ini orang bodoh. Menyusahkan pekerja nak letak balik kon yang ditendang lelaki ini. Kenapa si perakam tak langgar saja bajingan ini?

“Tak pasal-pasal disebabkan orang seperti ini, jalan jadi sesak berkilo-kilometer panjang. Bodoh dan buat malu je perangai macam hanat!” kata seorang netizen.

Rata-rata pengguna media sosial mahukan penunggang itu ditahan dan dikenakan tindakan sewajarnya.

Namun ia mungkin agak sukar kerana nombor pendaftaran motosikal di dalam video berkenaan tidak dapat dilihat secara jelas. – MYNEWSHUB.CC

Tags: biadabPenunggang Motosikal
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Azizulhasni Pelanggaran Dengan Pelumba Jepun

Next Post

“Kaum Cina Minta Itu Ini, Tapi Tak Mahu Undi” – Najib

Related Posts

Penunggang Motosikal Terkedu Terima Enam Saman

Penunggang Motosikal Terkedu Terima Enam Saman

29/06/2024
0

KUANTAN - Seorang penunggang motosikal terkedu apabila 'dihadiahkan' enam saman selepas ditahan dalam sekatan jalan Ops Khas Motosikal sempena Ops...

Penunggang Motosikal Cedera ‘Dilanggar’ Pejalan Kaki

Penunggang Motosikal Cedera ‘Dilanggar’ Pejalan Kaki

30/12/2023
0

GOMBAK: Seorang penunggang motosikal cedera ringan selepas terjatuh akibat pelanggaran dengan pejalan kaki yang melintas secara terburu-buru di Prima Sri...

Next Post

"Kaum Cina Minta Itu Ini, Tapi Tak Mahu Undi" - Najib

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd