• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Unik! Rumah Mudah Alih, Pasang Siap 6 Jam

oleh
23/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENAKJUBKAN! Sebuah rumah mudah alih yang boleh dirobohkan dan dipindahkan ke lokasi baru untuk dibina semula diperkenalkan di London, United Kingdom.

Rumah berharga £25,000 (RM136,564) ini boleh dibina semula hanya dalam tempoh enam hingga tujuh jam termasuk pemasangan bumbung, dinding pada bahagian dalam serta lantai.

Bukan itu sahaja, malah ia boleh dibina di mana-mana lokasi tanpa memerlukan tapak konkrit seperti rumah-rumah biasa.

Bagi proses pemasangan pula, rumah yang mempunyai reka bentuk anggun ini hanya memerlukan lebih kurang dalam tiga orang tenaga kerja sahaja untuk proses pembinaan semula.

Memetik sumber, MYNEWSHUB difahamkan rumah mudah alih yang datang dalam pelbagai saiz bermula dari 26.9 hingga 83 meter persegi ini mempunyai dua peringkat tangga.

Semua model asas bagi rumah ini dikatakan mempunyai sebuah bilik mandi, bahagian dapur yang luas serta manual pemasangan teknikal yang akan dihantar kepada pelanggan dalam tempoh 60 hari selepas lakaran terakhir.

Komponen rumah inovatif itu yang juga merupakan produk syarikat M.A. Di Home yang dikeluarkan oleh sebuah kilang yang terletak di Itali.

Rumah itu juga boleh diangkut ke mana-mana sahaja dengan hanya menggunakan trak.Wah, sangat menarik bukan?

Dah tak perlu susah-susah serabut nak fikir beli rumah lagi. Angkut sahaja rumah lama. Dah la luas, cantik pula tu!– MYNEWSHUB.CC/Agensi/AM

Tags: beli rumah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Khuatir Beli Kereta, Rumah Secara Tunai

11/10/2021
0

Gosip jangan beli rumah atau kereta secara tunai nanti Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) datang sudah lama diperkatakan. Persoalannya...

Peminjam PTPTN Disenarai Hitam Boleh Beli Rumah

10/07/2019
0

KUALA LUMPUR - Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang disenarai hitam akan dikeluarkan daripada Sistem Rujukan Maklumat Berpusat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd