• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Masih Wadah Politik Terbaik Diidamkan

oleh AK-47
01/12/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – UMNO masih sebuah wadah politik terbaik yang menjadi idaman untuk digunakan bagi mentadbir urus negara ini, walaupun berdepan pelbagai cabaran masa kini dan pernah mengharungi krisis dalaman, kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.

Menurutnya, antara yang mengidamkannya termasuk bekas pemimpin-pemimpin parti itu yang suatu ketika dahulu pernah menikmati wadah politik tersebut, tetapi kini cuba menanam kebencian terhadapnya.

“Saya percaya, dalam hati mereka (bekas pemimpin UMNO) sampai sekarang, (termasuk bekas Presiden UMNO) Tun Dr Mahathir Mohamad, walau apa sahaja yang dia cakap dan puji parti PKR dan DAP, dalam hati kecilnya saya tahu bahawasanya kalau nak menguruskan tadbir negara ini, ‘vehicle’ yang diperlukan adalah UMNO seperti yang dinikmatinya sekian lama.

“Cuma mereka ‘sour grapes’ apabila mereka tidak dapat berada dalam saf menguasai parti UMNO maka mereka keluar dan mereka cuba mencari jalan untuk mempopularkan parti yang mereka tubuhkan dan antara caranya adalah dengan menanam kebencian kepada UMNO, bukan kerana mereka tidak yakin (dengan UMNO),” katanya dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan RTM di TV1 hari ini.

Katanya, sejarah UMNO telah membuktikan bahawa parti itu adalah wadah politik yang paling berjaya kerana ia disulami roh dan semangat perjuangan yang tulen, walaupun menghadapi krisis dalaman yang membawa kepada sedikit perpecahan.

Kata Annuar, krisis-krisis yang dihadapi antaranya membawa kepada penubuhan parti politik serpihan seperti Parti Negara, Semangat 46 dan PAS, telah mengukuhkan lagi UMNO hingga jauh ke hadapan berbanding parti-parti politik lain.

“Ada parti-parti ini mahu buat mesyuarat agung dan pemilihan dalam parti pun kelam kabut, tetapi kita UMNO seperti yang dapat dilihat oleh semua, lebih 20,000 cawangan kita menjalankan mesyuarat, 191 bahagian mengadakan mesyuarat seluruh negara dalam keadaan meriah dan suasana untuk perhimpunan agung pula cukup bersemangat,” katanya.

Justeru katanya, semangat dan roh sebenar UMNO itu perlu diserapkan ke dalam diri setiap anggota parti supaya mereka memahami matlamat kewujudan dan perjuangan sebenar UMNO yang begitu berbeza berbanding dengan parti-parti lain yang wujud kerana kepentingan individu tertentu.

Mengenai Perhimpunan Agung UMNO minggu depan, Annuar berkata ia akan diselubungi dengan ‘winning mentality’ dan menampilkan kekuatan serta perpaduan anggotanya sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Perhimpunan Agung UMNO 2017 akan berlangsung mulai 5 hingga 9 Dis di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Annuar Musa.UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Mari kita duduk berdua dulu tentukan apa yang boleh di capai kesepakatan terutama antara UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd