• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UM Diiktiraf Antara Fakulti Kejuruteraan Terbaik Dunia

oleh Ahmad Albab
29/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) kini dinobatkan sebagai fakulti ke-10 terbaik di dunia sehingga mendapat pengiktirafan daripada media Amerika Syarikat iaitu US News, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata pengiktirafan itu seperti yang diumumkan US News dua hari lepas membuktikan universiti di negara ini masih mendapat tempat di mata dunia dan mampu bersaing di peringkat global.

“Fakulti Kejuruteraan UM telah dinobatkan oleh US news dalam kategori universiti terulung global yang mana UM berada di tempat ke-10 sebagai universiti kejuruteraan terbaik di dunia.

“Ini adalah lebih baik daripada fakulti kejuruteraan di Oxford, Cambridge dan Stamford University,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun (BN-Kota Tinggi) yang ingin tahu maklum balas negara lain terhadap usaha kementerian itu dalam menghadapi revolusi perindustrian keempat.

Idris berkata selain UM, universiti tempatan lain turut melakar kejayaan dan mengadakan pelbagai jaringan dengan pihak industri dari dalam dan luar negara dalam usaha melengkapkan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan oleh pasaran semasa.

“Minggu lalu, Universiti Utara Malaysia (UUM) turut menandatangani memorandum persefahaman dengan Alibaba Business School bagi menjalin kerjasama dalam pengajian bisnes. Ini menunjukkan sebuah lagi universiti kita diterima di peringkat antarabangsa,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Wong Chen (PKR-Kelana Jaya) mengenai kebimbangan peningkatan jumlah graduan menganggur berikutan kemudahan penggunaan teknologi, Idris berkata gabungan antara universiti dengan industri akan dapat menyelesaikan masalah pengangguran graduan di negara ini.

“Sekarang ini antara universiti dan industri dah tak ada jurang lagi. Kita pergi ke industri dan bawa industri ke kampus untuk melihat kurikulum yang dilaksanakan bertepatan dengan kehendak industri dan ini dapat selesaikan masalah pengangguran,” katanya. – BERNAMA

Tags: Universiti Malaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Pihak UM Buat Operasi Dalaman Tangani Anjing Liar, Atasi Masalah Kucing Mati Akibat Haiwan Liar’

‘Pihak UM Buat Operasi Dalaman Tangani Anjing Liar, Atasi Masalah Kucing Mati Akibat Haiwan Liar’

10/01/2025
0

KUALA LUMPUR: Pengurusan Universiti Malaya (UM) sudah melakukan operasi dalaman bagi menangani kehadiran anjing liar di kawasan universiti itu susulan...

UMANY Mohon Maaf Kepada Agong

12/11/2020
0

SHAH ALAM - Persatuan Belia Baharu Universiti Malaya (UMANY) memohon maaf kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd