• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trio Negara Raih Gangsa Di Kejohanan Asia

oleh Ahmad Albab
30/11/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Trio negara meraih pingat gangsa acara recurve berpasukan lelaki selepas menundukkan China pada Kejohanan Memanah Asia ke-20 di Dhaka, Bangladesh, hari ini.

Menurut laman web http://www.ianseo.net , gandingan mantap Haziq Kamaruddin, Khairul Anuar Mohamad dan Muhammad Akmal Nor Hasrin menang 5-3 menentang trio China, Jin Tao, Wang Yan dan Wang Dapeng, untuk mengesahkan pingat gangsa itu.

Terdahulu, Malaysia tewas 6-0 kepada Korea Selatan yang terdiri daripada Kim Jongho, Lee Woo Seok dan Lee Seungyun di pusingan separuh akhir.

Malaysia menamatkan saingan dengan hanya meraih satu pingat gangsa bagi acara berpasukan manakala tiada sebarang kemenangan dicatatkan bagi acara individu.

Pencapaian terbaik bagi pemanah recurve individu adalah melalui Muhammad Akmal yang terlepas pingat gangsa apabila tewas kepada pemanah Korea Selatan, Lee Seungyun di separuh akhir, semalam.

Sementara itu, pemanah remaja, Bryson Ting Tiew Luing dan Mimi Raihan Yazid, gagal layak ke Sukan Olimpik Remaja 2018 di Buenos Aires, Argentina, Oktober tahun, selepas menduduki tangga kesembilan dan ke-10 pada kejohanan Asia itu.

Hanya lapan pemanah terbaik mara ke saingan suku akhir kejohanan Asia layak ke Sukan Olimpik Remaja 2018.

Malaysia hanya menghantar pasukan recurve lelaki serta dua pemanah remaja ke kejohanan itu yang juga merupakan kelayakan benua Sukan Olimpik Remaja 2018.- BERNAMA

Tags: memanah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Laluan Jadi Pemanah Tradisional Ke-2 Terbaik Dunia

27/12/2018
0

PETALING JAYA - Siapa sangka, bermula dengan baucar latihan percuma bernilai RM100, pemanah tradisional remaja Lee Jin Ming kini bergelar...

Sukan Asia: Permulaan Positif Kem Memanah Negara Di Jakarta

21/08/2018
0

JAKARTA - Skuad memanah kebangsaan yang memulakan saingan hari pertama di Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 di sini hari ini mempamerkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd