• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Nekad Lelaki Makan Diri Sendiri

oleh AK-47
29/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Tindakan nekad seorang lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) berenang ke pantai semata-mata mahu meloloskan diri daripada pihak berkuasa, memakan diri apabila dihanyutkan arus laut hampir sembilan jam sebelum diselamatkan, pagi semalam.

Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Tanjung Sedili, Komander Mohammad Othman berkata lelaki warga Indonesia dikenali sebagai Hanafi, 45, itu ditemukan kru kapal dagang FPSO Perisai Kameli dalam keadaan terapung di kedudukan 2.4 batu nautika timur Tanjung Punggai, Kota Tinggi, pada 7.30 pagi.

Beliau berkata lelaki terbabit kemudian diselamatkan kru kapal berkenaan sebelum melaporkan penemuannya kepada APMM, sebelum agensi berkenaan menghantar sebuah pasukan ronda bagi membantu mangsa.

“Ketika ditemui kru kapal itu, mangsa didapati memegang dua bungkusan plastik hitam yang mungkin membantunya terapung sepanjang tempoh tersebut.

“Mangsa juga kelihatan letih kerana hanyut hampir sembilan jam namun dibawa ke klinik berhampiran bagi mendapatkan rawatan, sebelum dirujuk ke Pejabat Maritim DM 7 untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohammad berkata melalui siasatan awal, mangsa dikatakan cuba menyeludup keluar ke negara asal menggunakan jalan yang tidak diwartakan.

Namun, beliau berkata tindakannya itu dapat dihidu pihak berkuasa yang menjalankan operasi di kawasan Tanjung Penawar, menyebabkannya terpaksa berenang ke arah pantai untuk meloloskan diri sebelum dihanyutkan arus sejak 10 malam, dua hari lepas. – BERNAMA

Tags: Komander Mohammad OthmanPati
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hampir 64% Kes Diselesaikan Setakat Oktober

Next Post

Pindaan Seksyen 39B Akta Budi Bicara Kepada Mahkamah

Related Posts

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

16/02/2025
0

KOTA BHARU: Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak...

Polis Gempur Rumah Transit PATI, Lumpuhkan Sindiket Seludup Migran Dari Bangladesh

Polis Gempur Rumah Transit PATI, Lumpuhkan Sindiket Seludup Migran Dari Bangladesh

03/10/2024
0

JOHOR BAHRU : Dengan bayaran kira-kira RM20,000, seorang migran Bangladesh yang transit di Singapura akan dibawa masuk dengan cara berjalan...

Next Post

Pindaan Seksyen 39B Akta Budi Bicara Kepada Mahkamah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd