• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Laporan Diterima Wabak Penyakit Bawaan Air

oleh Ahmad Albab
12/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang masih belum menerima laporan berkenaan wabak penyakit bawaan air susulan kejadian banjir yang melanda negeri ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata setakat ini pihaknya tidak menerima laporan berhubung penyakit kencing tikus, cirit-birit, demam dan sebagainya, namun pemantauan berterusan dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan tidak berlaku wabak penyakit bawaan air.

“Kami minta semua penduduk di negeri ini rujuk panduan keselamatan sebelum, semasa dan selepas banjir. Kami menasihatkan penduduk supaya meminum air yang dimasak dan mengelakkan terdedah kepada air banjir supaya tidak dijangkiti wabak bawaan air,” katanya pada sidang media selepas merasmikan sambutan Hari AIDS Sedunia 2017 peringkat negeri Pulau Pinang, di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang Datuk Dr M. Sukumar dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Pembangunan Kesihatan Keluarga Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang Dr Rokiah Mohd.

Hampir keseluruhan kawasan di Pulau Pinang terjejas akibat banjir dengan beberapa kawasan ditenggelami air antara 0.2 dan 1 meter diikuti angin kencang dan hujan lebat sejak Sabtu lepas yang turut menumbangkan puluhan pokok.

Setakat ini, banjir terburuk di Pulau Pinang itu telah meragut tujuh nyawa.

Sementara itu, Dr Sukumar berkata dua klinik iaitu Klinik Desa Lahar Yooi di daerah Seberang Perai Utara dan Klinik Pergigian Perai masih belum beroperasi kerana terjejas akibat banjir sejak Sabtu lepas.

Beliau berkata blok-blok yang terjejas akibat banjir di Hospital Pulau Pinang dan Hospital Seberang Jaya pula sudah boleh digunakan dan beroperasi seperti biasa. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Hilmi YahayaWabak Taun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Angka Kematian Taun Malawi Melepasi 1,000

Angka Kematian Taun Malawi Melepasi 1,000

25/01/2023
0

LILONGWE: Kementerian Kesihatan Malawi semalam melaporkan wabak taun di negara berkenaan telah membunuh lebih 1,000 orang ketika negara itu kehabisan...

Dr. Hilmi Umum Letak Semua Jawatan UMNO Dan BN

20/05/2018
0

GEORGE TOWN - Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya meletak semua jawatannya dalam UMNO dan Barisan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd