• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Thanabalan Azam Bawa NS Kembali Ke Liga Super

oleh Ahmad Albab
25/11/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyerang skuad bawah 22 tahun (B-22) kebangsaan, N. Thanabalan berazam untuk membawa pasukan kelahirannya, Negeri Sembilan kembali ke saingan Liga Super pada musim hadapan.

Thanabalan sudah hampir pasti akan beraksi buat skuad Hobin Jang Hobin pada musim depan selepas presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menyatakan secara terbuka sebelum ini bahawa pemain itu akan kekal bersama Negeri Sembilan.

Menurut ayam tambatan Felcra FC itu, kontrak pinjamannya bersama Felcra FC akan berakhir hujung bulan ini dan beliau akan kembali ke Seremban kerana mempunyai baki setahun lagi kontrak bersama Negeri Sembilan.

“Satu impian saya apabila beraksi untuk Negeri Sembilan musim depan adalah untuk berjuang sehingga berjaya membawa pasukan itu naik ke Liga Super pada musim berikutnya,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri program ramah mesra bersama atlet Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Muzium Negara, hari ini.

Untuk rekod, Negeri Sembilan menamatkan kempen Liga Perdana musim ini di tangga kelima dan keputusan itu menyaksikan pasukan berkenaan kekal beraksi di liga sama pada musim depan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Thanabalan berpendapat peraturan kuota lima pemain import pada musim hadapan akan memberi cabaran getir buat semua pemain tempatan untuk merebut tempat dalam pasukan masing-masing.
“Memang susah nak rebut tempat terutama di bahagian serangan kerana kita tahu banyak pasukan akan mengambil pemain import di bahagian berkenaan.

“Namun dari sudut positifnya, inilah masa buat semua pemain tempatan mengutip seberapa banyak pengalaman daripada pemain import untuk memperbaiki kemahiran dan cara permainan,” katanya.

Lembaga Pengarah, Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) sebelum ini meluluskan kuota lima pemain asing dalam saingan Liga Super 2018 iaitu tiga daripadanya dari seluruh dunia, seorang dari Asia dan seorang lagi pemain negara ASEAN.

Untuk saingan Liga Perdana pula, kuota pemain asing kekal tiga pemain dari seluruh dunia dan seorang pemain Asia, menjadikan keseluruhan empat pemain asing sahaja setiap pasukan. – BERNAMA

Tags: N Thanabalan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penonton Tak Senonoh, Tak Sopan Depan Budak

Next Post

Khairy Ketuai Perbarisan Perasmian PAU 2017

Related Posts

Kereta Thanabalan Berjaya Ditemui Polis Di Ampang

02/02/2018
0

SHAH ALAM - Polis Selangor mengesahkan sudah menemui kereta Proton Iswara milik pemain bola sepak negara, N. Thanabalan, di sebuah...

Kereta Thanabalan Hilang Lagi, Kali Ini ‘Mustang Biru’

02/02/2018
0

SEREMBAN - Kehilangan kereta kesayangannya tidak akan ganggu fokus N. Thanabalan terhadap latihan dan persiapan bagi menghadapi saingan Liga Super,...

Next Post

Khairy Ketuai Perbarisan Perasmian PAU 2017

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd