• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tersingkir Gegar Vaganza, Elyana Umum Hidap Kanser

oleh AK-47
27/11/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“SAYA nak beritahu kepada semua pesakit kanser. Saya adalah pesakit kanser tahap 4 dan saya masih lagi boleh berdiri di sini. Kita boleh buat apa yang kita nak kalau kita kuat dan mahu.”

Masih terngiang-ngiang di telinga kata-kata Elyana ini yang dituturkannya ketika persembahan terakhirnya di konsert kelima program Gegar Vaganza 4 (GV4) malam tadi.

Berita sayu itu dikongsikan secara langsung kepada penonton dan peminat sejurus selepas diumumkan tersingkir di pentas GV4 dengan markah terendah daripada lapan peserta lain.

Pemilik nama sebenar Erneelya Elyana Emrizal ini mengakui menghidap penyakit kanser limfoma (kanser kelenjar) sejak tujuh tahun lalu selepas melahirkan anak sulungnya, Cinta Sumayyah.

“Sekarang ini kanser memasuki tahap empat dan saya sudah menjalani berpuluh kali rawatan kimoterapi, kali terakhir sebelum bulan Ramadan lalu. Malah, saya juga ada mencuba rawatan secara tradisional,” katanya dipetik mStar Online.

Menurut penyanyi berusia 30 tahun ini, membuat persembahan di pentas GV merupakan impiannya dan kini dia gembira impian itu tercapai walaupun tidak berpeluang mara ke pentas akhir.

“Saya rindu nak buat persembahan di pentas besar seperti ini dan andai umur tak panjang, sekurang-kurangnya impian saya ini tercapai,” ujarnya.

Dalam pada itu, akui pelantun suara bagi lagu Kalis Rindu ini, dia sangat susah untuk melelapkan mata pada waktu malam kerana takut tidak dapat berjumpa dengan anaknya lagi pada keesokan hari.

“Semenjak menghidap kanser limfoma (kanser kelenjar), saya dibayangi rasa takut untuk tidur malam.

“Kalau saya tidur, jantung boleh terhenti dengan tiba-tiba dipercayai kerana kesan penyakit ini. Sampaikan saya sanggup bersengkang mata kerana takut tiada hari esok untuk saya,” tambahnya lagi.

Sejurus selepas berkongsi tentang penyakit yang dihidapinya, laman Instagram Elyana dipenuhi dengan kata-kata semangat dan pujian kerana Elyana kelihatan tidak ‘melayan’ penyakit tersebut.

Beberapa hari lepas, Elyana turut memuat naik gambar set lengkap pengurusan jenazah dengan menyatakan set tersebut merupakan keperluan wajib yang perlu ada pada semua orang.

Diharapkan Elyana tabah menghadapi hari-hari mendatang dan terus menjadi inspirasi kepada pesakit-pesakit kanser di luar sana.

Bak kata orang, hidup ini hanya sekali. Jadi, jalaninya dengan sebaik dan segembira mungkin. – MYNEWSHUB.CC/SA

Tags: ElyanaGegar Vaganza 4GV4kanser kelenjarkanser limfoma
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Dibelasah Kumpulan Remaja Baru Bebas Kanser Limfoma

Pelajar Dibelasah Kumpulan Remaja Baru Bebas Kanser Limfoma

16/08/2023
0

ULU TIRAM : Pelajar lelaki Tingkatan Tiga yang menjadi mangsa buli sekumpulan remaja, masih trauma dengan kejadian menimpanya. (Ada rancangan...

Elyana Ditemukan Kurus Kerana Tak Cukup Makan Sepanjang Enam Hari Dilarikan

Elyana Ditemukan Kurus Kerana Tak Cukup Makan Sepanjang Enam Hari Dilarikan

20/08/2022
0

JOHOR BAHRU : Remaja Austisme yang hilang selepas keluar dari rumah keluarga di Bandar Putra, Kulai, sejak Sabtu lalu, ditemui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd