• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Kisah Dikritik, Samantha Rela Jadi ‘Gadis Nasi Lemak’

oleh
02/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUSANA ‘nasi lemak daun pisang’ hasil rekaan Brian Khoo yang digayakan oleh peserta Miss Universe 2017, Samantha Katie James masih belum habis lagi dikritik.

Pakaian pelik itu juga turut mendapat kritikan daripada pereka fesyen terkenal tempatan, Hatta Dolmat apabila dia menyifatkan rekaan itu seperti ‘terdesak’ walaupun masih terdapat banyak lagi rekaan lain yang boleh diketengahkan.

https://www.instagram.com/p/Ba6Lst0HiA4/?taken-by=hattadolmat_

Sebagai si pemakai busana ‘nasi lemak daun pisang’ itu, Samantha tetap mempertahankan gaun tersebut dan menganggap ianya sangat cantik.

Samantha, 22, menyifatkan bahawa gaun hasil rekaan Brian lain daripada yang lain serta dia juga turut berbangga bakal menggayakan pakaian itu ketika pertandingan yang bakal diadakan di Las Vegas, Amerika Syarikat pada penghujung bulan ini.

“Saya berbangga dengan busana itu kerana ia rekaan yang sangat kreatif daripada Brian dan kebetulan saya memang meminati hasil kerjanya.

“Siapa terfikir untuk jadikan nasi lemak sebagai inspirasi dalam menghasilkan sehelai gaun yang cantik dan unik,”katanya dipetik daripada mStar Online.

Bagi gadis kelahiran Klang itu, kritikan negatif yang dilemparkan oleh orang ramai mengenai busana itu, sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

Dalam masa yang sama, Samantha turut mengakui sejak penularan berkaitan busana ‘pelik’ itu, ianya telah memberikan publisiti meluas kepada pertandingan itu dan dirinya sendiri.

Kesemua komen negatif yang diterima juga tidak diambil pusing kerana baginya cabarang yang bakal dihadapinya nanti dalam pertandingan itu lebih besar daripada apa yang diterimanya sekarang.

“Baik atau buruk sesuatu publisiti itu ia tetap publisiti. Itu adalah hakikatnya.

“Tetapi kita perlu tahu untuk tidak mengendahkan komen tidak membina dan sejujurnya ia tidak menggangu saya pun,” jelasnya ketika ditemui oleh pihak mStar Online ketika majlis tayangan perdana Filem Televisyen(FTV), Wanita Terakhir di GSC Pavilion Kuala Lumpur, malam tadi.

Tambah gadis kacukan Cina dan Brazil itu, dia yakin bahawa gaun ‘nasi lemak daun pisang’ itu akan menjadi perbualan hangat ketika penyertaannya di dalam pertandingan tersebut kerana belum ada lagi mana-mana peserta yang tampil dengan pakaian bertemakan makanan sepertinya.

“Tidak kisah apa orang hendak katakan, saya yakin ia akan menjadi perhatian dan perbualan nanti.

“Paling penting saya selesa menggayakan gaun itu dan kena yakin pada acara itu nanti,” tambahnya lagi.

Dalam diam, rupa-rupanya wanita berkaki panjang itu turut berlakon dalam telefilem Wanita Terindah bersama dengan Fazura dan Fattah Amin.

Malah dia tuurt berharap agar selepas tamat pertandingan Miss Universe 2017 itu nanti, dia akan mula bergiat aktif menjadi pelakon dan berniat untuk mengembangkan kariernya hingga ke pasaran Hollywood.

“Wanita Terindah sebenarnya filem ketiga lakonan saya selepas Kastil Tua bersama Josiah Hogan dan sebuah filem berbahasa Mandarin untuk pasaran negara China.

“Saya suka cuba sesuatu yang baharu dan pengalaman berlakon dalam FTV ini adalah pengalaman yang baik untuk saya,” ujar pelakon utama filem seram Kastil Tua yang ditayangkan pada 2015 yang lalu itu.

Semoga dengan kritikan dan kata-kata semangat yang diberikan oleh orang ramai dapat menguatkan lagi semangat Samantha untuk bergelar juara dalam pertaningan Miss Universe 2017 nanti. – MYNEWSHB.CC/ AH

Tags: Miss Universe 2017nasi lemaknasi lemak daun pisangpelikSamantha Katie James
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Serius Tangani Masalah Bekalan Air Di Kedah

Next Post

Skuad Kriket Negara Timba Pengalaman Piala Asia

Related Posts

CIA Kongsi Hantaran Fakta Nasi Lemak Raih Tumpuan Ramai

CIA Kongsi Hantaran Fakta Nasi Lemak Raih Tumpuan Ramai

20/04/2024
0

SHAH ALAM - Agensi Perisikan Pusat (CIA) meraih tumpuan ramai apabila memuat naik hantaran berhubung fakta-fakta menarik mengenai nasi lemak...

Nasi Lemak Punca 197 Peserta KMM Keracunan Makanan

07/10/2019
0

SHAH ALAM - Nasi lemak yang disediakan oleh pihak katerer disyaki menjadi punca 197 peserta Kongres Maruah Melayu yang kebanyakkan...

Next Post

Skuad Kriket Negara Timba Pengalaman Piala Asia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd