• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Perak Ringankan Hukuman Mati 2 Banduan

oleh Ahmad Albab
01/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan ​​​​​​meringankan hukuman mati terhadap dua banduan kepada penjara seumur hidup sempena Hari Keputeraan baginda, Jumaat ini.

Setiausaha Lembaga Pengampunan Negeri Perak, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata, keputusan itu dibuat pada ​​​​​Persidangan Lembaga Pengampunan Negeri yang dipengerusikan Sultan Nazrin pada 12 Okt lalu.

Menurutnya, kedua-dua banduan tersebut disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 39(B)(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan setiap seorang telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Taiping masing-maisng pada 19 Mac 2009 dan 15 Jun 2009.

“Rayuan kedua-dua mereka telah ditolak oleh Mahkamah Rayuan serta Mahkamah Persekutuan dan mereka sudah menjalani hukuman penjara lebih 16 tahun mulai tarikh reman pada 2001. ‎

“Dengan pengampunan itu, kedua-dua banduan berkenaan kini dipenjara seumur hidup berkuat kuasa mulai tarikh persidangan itu (12 Okt),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Puhat berkata Sultan Nazrin bertitah bahawa sesuatu hukuman yang dijatuhkan bertujuan untuk memberikan pengajaran kepada masyarakat agar undang-undang negara dihormati.

“Baginda juga menitahkan pengampunan atau meringankan sesuatu hukuman yang telah diputuskan oleh mahkamah akan hanya dipertimbangkan apabila banduan menunjukkan sifat insaf.

‎”…sedar serta menyesal akan kesalahan yang dilakukan dan memohon maaf, berkelakuan baik semasa dalam tahanan serta menunjukkan azam untuk memulakan penghidupan baharu,” katanya. – BERNAMA

Tags: banduanSultan Perak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rasuah: SPRM Tahan Penolong Pengarah JKKP Johor

Next Post

Jualan Proton Meningkat 12.5% Setakat Tahun Ini

Related Posts

Kerap Berlaku Kemalangan Maut: Sultan Perak Titah Laksanakan Langkah Preventif

Kerap Berlaku Kemalangan Maut: Sultan Perak Titah Laksanakan Langkah Preventif

10/06/2025
0

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, bertitah langkah preventif perlu dilaksanakan susulan kerapnya kemalangan jalan raya yang meragut nyawa, mutakhir...

Banduan Warga Iran Ditahan Miliki Dadah Dalam Penjara Tapah

Banduan Warga Iran Ditahan Miliki Dadah Dalam Penjara Tapah

15/08/2024
0

Ipoh : Seorang banduan warga Iran yang sedang menjalani hukuman di Penjara Tapah didapati memiliki dadah jenis heroin, tengah hari...

Next Post

Jualan Proton Meningkat 12.5% Setakat Tahun Ini

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd