• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sudan Mahu Promosi Destinasi Menarik, Tarik Pelancong

oleh AK-47
03/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keindahan pantai putih bersih yang belum tercemar di pesisir Laut Merah Sudan umpama syurga untuk pecinta alam semula jadi, terutama peminat aktiviti menyelam, meskipun tidak begitu diketahui oleh mereka yang berada di luar benua Afrika dan jirannya, Eropah.

Terkenal dengan kejernihan dan kebiruan airnya yang memukau pandangan, ia antara destinasi yang perlu dilawati di Sudan, seperti disyorkan duta negara itu ke Malaysia yang baharu dilantik, Hamza Omer Hassan Ahmed.

Diplomat itu, yang berhasrat mempromosi sektor pelancongan negaranya kepada rakyat Malaysia, berkata Sudan yang terletak di utara benua Afrika merupakan destinasi impian pelancong yang gemarkan cabaran kerana kawasan pergunungan Jebel Marra menawarkan ganjaran pemandangan indah di puncaknya kepada pendaki dan pengembara berjalan kaki, yang diserikan lagi oleh kehadiran air terjun serta tasik gunung berapi.

“Kami telah menerima ketibaan sejuta pelancong setiap tahun dan kami merancang untuk menggandakan jumlah itu tahun ini. Bermula tahun depan, kami akan menyusun program khas berkaitan pelancongan,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual baru-baru ini.

Duta itu juga berminat untuk mempromosi tapak arkeologi di Sudan, termasuk lebih 250 piramid Nubian – Tapak Warisan Dunia UNESCO – sebahagian daripada lima tapak arkeologi yang merentangi lembah Nil sepanjang lebih 60 kilometer, selain kuil, anak bukit atau timbunan pasir yang dijadikan pusara serta kubur berbilik, kawasan petempatan dan istana.

“Kami kini bekerjasama dengan kerajaan Qatar bagi membantu membangunkan tarikan pelancong di Sudan. Kami juga ingin menjemput kerajaan dan syarikat Malaysia untuk melabur dalam fasiliti serta perkhidmatan pelancongan bagi membangunkan sektor itu,” katanya.

Duta itu berkata ketika ini, rakyat Malaysia boleh melakukan perjalanan ke Sudan melalui kebanyakan pintu masuk ke negara teluk seperti Doha (Qatar), Dubai dan Abu Dhabi (UAE) serta Kaherah (Mesir), dan dipermudah oleh visa semasa ketibaan hanya untuk pemegang pasport Malaysia, sah bagi tempoh sebulan.

Hamza Omer berkata Kedutaan Sudan di Malaysia menggalakkan dan sedia membantu mana-mana kumpulan, termasuk pengusaha pelancongan yang ingin melawat negara itu, sambil menambah bahawa bulan November hingga Mei adalah waktu terbaik untuk melawat negara tersebut yang memiliki cuaca yang pelbagai.

Menegaskan bahawa Sudan kini selamat untuk pelancong, beliau berkata antara tugasan penting bagi menggalakkan pelancongan adalah mengatasi propaganda negatif media yang telah mencemarkan reputasi negara itu, terutama semasa pergolakan yang menyaksikan kemerdekaan Sudah Selatan dari Sudan dan sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat (AS).

Menyentuh kehadiran kira-kira 3,700 rakyat Sudan di Malaysia, yang majoritinya adalah pelajar, Hamza Omer berkata beliau percaya Malaysia akan terus menjadi pilihan utama rakyat Sudan untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dan pascasiswazah terutama dalam bidang kejuruteraan, pengajian sosial dan sains komputer.

“Semasa sekatan (oleh AS), Malaysia adalah tempat terbaik untuk pelajar Sudan melanjutkan pengajian mereka di luar negara dan menjalani latihan kerana AS, seperti kebanyakan negara barat, telah mengenakan sekatan terhadap kami. Malah kini, meskipun sekatan itu telah ditarik balik, ia tidak akan menjejaskan jumlah pelajar kami di sini kerana kami lebih terbiasa dengan Malaysia,” katanya.

Duta itu turut mempelawa rakyat Malaysia untuk menyambung pelajaran dalam pengajian Islam serta bahasa Arab di Sudan, dan berkata kerajaan negara tersebut menawarkan biasiswa untuk tujuan ini.

Sudan mewujudkan kedutaannya di sini pada 1991 manakala Malaysia secara rasmi membuka kedutaan di Khartoum pada 30 Sept 1999. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Konon Tanya Arah, Pelajar IPTA Kena Rogol Dan Samun

Next Post

Ibu Bapa Tiada Di Rumah, Ambil Peluang Liwat Adik

Related Posts

Kes Bunuh Pelajar Di Cyberjaya Cetus Kemarahan Warganet

Kes Bunuh Pelajar Di Cyberjaya Cetus Kemarahan Warganet

26/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Kes pembunuhan seorang pelajar universiti di Cyberjaya mencetuskan kemarahan orang ramai di media sosial, dengan majoriti warganet mempersoalkan...

Insya-Allah Kita Harap Ada Pakej Lebih Baik Untuk ‘Riders’ – Fahmi

Insya-Allah Kita Harap Ada Pakej Lebih Baik Untuk ‘Riders’ – Fahmi

26/06/2025
0

Kuala Lumpur: Kementerian Komunikasi akan meneliti keperluan untuk menambah baik seterusnya memperkenalkan semula pakej perkhidmatan internet p-hailing Rahmah yang pernah...

Next Post

Ibu Bapa Tiada Di Rumah, Ambil Peluang Liwat Adik

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd