• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sudah 7 Tahun Hilang, Masih Sambut Hari Lahir Abang

oleh AK-47
28/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BARU-BARU ini tular di Twitter mengenai seorang gadis yang berkongsi kisah mengenai abangnya yang bernama Muhammad Khair Muizz.

Menurut netizen bernama @nraishah_ itu, abangnya telah menghilangkan diri sejak tujuh tahun yang lalu.

Happy birthday dear brother 😇💕 , harini abg officially 25 years old. Genap 7 ke 8 tahun( cant remember ) you disappeared. Do come back home. We miss you. Do help me to find him. May allah bless you and protect you abg 😢 , i dah tak sanggup nak tahan lagi perasaan ni pic.twitter.com/pnDuHYRKUa

— caa🌈 (@nraishah_) November 26, 2017

Tambah pengguna tersebut lagi, tanggal 26 November yang lalu genap usia abangnya 25 tahun.

Namun apa yang mengharukan, sepanjang kehilangan abangnya itu, mereka sekeluarga masih tetap menyambut hari lahirnya.

“Selama tujuh ke lapan tahun dia tak ada tu, kami masih sambut hari lahir dia. Buat dia wujud dengan kami, tapi kenyataannya hmm…,” tulisnya.

Tambahnya lagi, keadaan itu lebih memilukan apabila ibunya meluahkan rasa rindu yang menggunung buat anak terunanya itu.

Ibunya turut menyatakan yang dia masih bertahan kerana anak-anaknya yang lain. Jika tidak, mungkin ibunya boleh jadi gila.

“Apa yang menyedihkan apabila mama menyatakan kerinduannya, “Mama rindu anak mama, dekat luar sana dia okay ke, dengan siapa, sihat ke tak, makan apa.

“Mama kenangkan korang tiga beradik saja, kalau tak mama dah gila,” luah ibunya.

Sedih ibunya semakin bertambah apabila menjelang sambutan hari raya. Mana tidaknya mereka masih ternanti-nantikan kepulangan Muizz ke pangkuan keluarga setiap hari sehingga ke hari ini.

“Mama asal menjelang raya saja mana dia raya. Dia tengok anak orang lain cukup saja. Anak dia seorang tak ada,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, @nraishah_ turut menjelaskan sebelum ini abangnya itu memang pernah melarikan diri. Tapi, dia tetap akan pulang ke rumah apabila dipujuk.

Dua tahun lepas, dengan bantuan polis, mereka mendapat tahu abangnya berada di Johor ketika itu. Namun, malangnya apabila mereka tiba di lokasi tersebut, abangnya sudah tiada di sana.

Sudah pasti keluarga serta ibunya tidak berputus asa dan masih mencari pemuda tersebut.

Jika ada sesiapa yang mengenali atau ternampak Muizz, bolehlah menghubungi keluarga mereka. Mungkin dengan bantuan yang dihulurkan, keluarga Muizz dapat bersatu kembali. – MYNEWSHUB.CC/SA

*Video sekadar hiasan

Tags: Twitter
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kisah Pembunuh Twitter Jepun Yang Berakhir Di Tali Gantung

Kisah Pembunuh Twitter Jepun Yang Berakhir Di Tali Gantung

19/10/2025
0

TAKAHIRO SHIRAISHI: “PEMBUNUH TWITTER” JEPUN DIGANTUNG SAMPAI MATI Oleh Mynewshub  TOKYO, 27 JUN 2025 – Jepun telah melaksanakan hukuman gantung...

Elon Musk Mahu Tukar Logo Twitter

Elon Musk Mahu Tukar Logo Twitter

24/07/2023
0

WASHINGTON – Manusia paling kaya di dunia. Elon Musk semalam menyatakan bahawa beliau merancang untuk menggantikan logo Twitter, lapor portal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd