• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Simbah Asid Muka Isteri Kerana Isteri Bekerja

oleh Ahmad Albab
21/11/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG wanita melalui pengalaman yang menyakitkan dan menakutkan apabila dia disimbah dengan asid oleh suaminya hanya semata-mata kerana dia ingin kerja.

Zakira Ali Sheikh, dari India, mendapat kerja sambilan sebagai pembuat sabun selepas suaminya, Roobab enggan berkerja sebagai penarik beca.

Sikap pemalas Roobab itu menyebabkan mereka sekeluarga tidak mempunyai wang untuk menyara dua anak mereka.

Namun Roobab bertindak kejam dengan menyimbah asid ke muka isterinya dengan alasan wanita itu telah menjatuhkan martabat dan maruahnya sebagai lelaki.

Dia mengunci Zakira dalam rumah dan kemudian menyimbah asid. Tiada siapa yang dapat membantu kerana pintu dikunci.

“Saya menangis kesakitan. Hanya 10 minit selepas itu barulah adik saya dapat masuk ke dalam rumah dan membantu saya,’’ katanya.

Serangan itu mengakibatkan dia buta sebelah mata manakala sebelah lagi matanya tidak boleh ditutup.

Dia kini dirawat di hospital di Mumbai dengan saluran pernafasan terpaksa dimasukkan ke dalam lehernya bagi membolehkan Zakira bernafas.

Susulan itu satu kempen memungut derma untuk membiayai perubatannya telah dilancarkan. Setakat ini sebanyak £29,090 berjaya dikumpulkan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: asid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kesan Asid Ditemui Di Kediaman Konsul Arab Saudi

08/11/2018
0

DOHA - Sumber dalaman pejabat peguam negara Turki, hari ini mendedahkan bahawa pasukan penyiasat menemui kesan asid hidroflorik dan beberapa...

5 Wanita Cedera Disimbah Kimia, Pemandu Teksi Diburu

09/05/2018
0

SEKURANG-KURANGNYA lima wanita cedera akibat perbuatan individu tidak dikenali yang menyimbah bahan kimia ke arah mereka dari teksi yang sedang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd