• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPAD Audit Rekod GPS Tangani Kesalahan

oleh AK-47
24/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan meningkatkan aktiviti penguatkuasaannya sempena musim cuti sekolah, musim perayaan Krismas dan sambutan Tahun Baru 2018.

SPAD dalam satu kenyataan media berkata, aktiviti penguatkuasaan bersepadu 24 jam bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan penguat kuasa lebuh raya akan turut dijalankan.

“Penguatkuasaan ini akan dijalankan bermula 23 hingga 26 November 2017 selama empat hari dan operasi perayaan Krismas serta Tahun Baru 2018 yang akan dilaksanakan bermula pada 22 Disember 2017 sehingga 2 Januari 2018,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut SPAD, antara usaha berterusan yang turut dilaksanakan bagi menangani isu pengendali pengangkutan awam dan pemandu melanggar undang-undang termasuk audit penguatkuasaan terhadap rekod GPS kenderaan, operasi penyamaran, rondaan dan perangkap kelajuan serta pemantauan CCTV di Pusat Operasi Lebuh raya.

Kata SPAD, pegawai penguatkuasaan SPAD akan turut meronda lokasi-lokasi di pusat bandar, berhampiran pusat membeli-belah dan terminal-terminal bagi memantau dan mengambil tindakan terhadap aktiviti ulat tiket.

“Ini termasuk, pemeriksaan kaunter tiket dan dokume juga akan dilakukan di terminal bas.
SPAD telah bertemu pengendali bas ekspres bagi mengingatkan mereka sentiasa mengutamakan keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya,” kata SPAD.

SPAD menegaskan tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap pengendali pengangkutan awam yang didapati cuai dalam pengurusannya termasuk dalam aspek keselamatan, pemandu dan penyelenggaraan kenderaan.

“Bergantung kepada tahap keseriusan kesalahan, lesen pengendali syarikat bas boleh digantung atau dibatalkan. Dalam kes-kes berat pula, keseluruhan kumpulan kenderaan milik syarikat bertanggungjawab boleh digantung sementara menunggu audit keselamatan dijalankan dan sekiranya didapati terdapat sebarang pelanggaran syarat, tindakan perundangan akan diambil,” tambah SPAD.

Orang ramai turut diminta memainkan peranan dengan melaporkan sebarang pelanggaran undang-undang atau peraturan oleh pengendali bas ekspres kepada SPAD melalui hotline 24-jam SPAD di 1-800-88-SPAD (7723), menerusi emel kepada [email protected] atau melalui Twitter kepada @aduanSPAD.

Penumpang bas ekspres juga boleh memuat turun aplikasi MeterOn bagi telefon pintar iOS dan Android yang membolehkan mereka menyemak status syarikat bas ekspres atau terus melaporkan sebarang kesalahan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: GPSSPAD
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

GPS Tidak Akan Sertai Program Berkempen PRN – Pengerusi GPS

GPS Tidak Akan Sertai Program Berkempen PRN – Pengerusi GPS

01/08/2023
0

KUCHING: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa partinya tidak akan sesekali menyertai mana-mana...

PH, BN, GPS, GRS, Warisan Meterai Pemuafakatan Kerajaan Perpaduan

PH, BN, GPS, GRS, Warisan Meterai Pemuafakatan Kerajaan Perpaduan

16/12/2022
0

PUTRAJAYA : Lima gabungan parti politik hari ini memeterai pemuafakatan dan perjanjian persefahaman bagi mengukuhkan pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd