• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Eksklusif! Sharifah Khasif Ganti Haslin, Mufti Menk

oleh
16/11/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS umat Islam seluruh dunia gempar dengan tindakan biadab pemerintah Singapura ‘haram’ dua pendakwah popular termasuk Ustaz Haslin Baharim dari Malaysia, kali ada ada berita baik!

Penganjur IslamiCruise yang terkenal menganjurkan puluhan pelayaran Islamik akhirnya berjaya dapat ‘lampu hijau’ pihak Singapura untuk ganti dua penceramah asing itu dengan ustazah selebriti ternama juga dari Malaysia.

Menurut kenyataan sekretariat acara berprestij itu, Ustazah Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman baru-baru ini, dipilih mengambil alih kekosongan ditinggalkan untuk pelayaran dari Singapura ke Banda Aceh, Indonesia.

Bekas johan qariah tilawah al-Quran dan kini berusia 35 tahun itu menggantikan Haslin atau lebih terkenal dengan gelaran Ustaz Bollywood serta ulama terkenal Mufti Zimbabwe, Ismail Musa Menk yang juga disebut Mufti Menk.

Sharifah Khasif turut mengesahkan berita baik itu menerusi rakaman video dalam akaun Facebooknya baru-baru yang menerima reaksi positif netizen apabila ditonton lebih 11,000 kali dan mendapat sejumlah 1,000 tanda suka.

Baca: Singapura Haram Ustaz Haslin Bollywood, Mufti Menk

Juga: Haslin, Mufti Menk Boleh Ceramah Di Malaysia – TPM

Dan: Wow! Belajar Ngaji Dalam Jet Mewah Bernilai RM93 Juta

Serta: CEO Jet Peribadi Mewah Tampil Beri Penjelasan

Lebih menarik, ada peminat beliau tahu perkara tersebut melalui hebahan iklan di stesen TV AlHijrah akhir-akhir ini memaparkan wajah dirinya untuk pelayaran bertema Serambi Makkah itu dari 25 hingga 29 November depan.

Anak kedua daripada tiga orang beradik yang berasal dari Ipoh, Perak itu mencipta nama apabila menjuarai majlis tilawah al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa dua tahun berturut-turut iaitu pada 2008 dan 2009 lalu.

Sharifah Khasif menerusi video berdurasi 24 minit tersebut kelihatan ceria mengucapkan syukur apabila dipilih pihak sekretariat pelayaran itu sambil mengajak umat Islam khasnya peminat beliau menyertai acara berkenaan.

Wanita kacukan Yaman sebelah bapa dan Melayu sebelah ibunya itu pernah menggemparkan negara awal tahun ini apabila menawarkan pengajian al-Quran secara percuma dalam sebuah jet peribadi mewah sambil terbang di udara.

Setiap peserta namun hanya perlu bayar kos penerbangan RM33,400 sejam untuk pesawat jenis Falcon 2000 yang bernilai RM93.4 juta itu berlepas ke Dubai dan pulang ke tanah air pada keesokan harinya. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: Haslin BollywoodMufti Menksharifah khasif
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mufti Menk, Ustaz Haslin Diharam Jejak Johor

01/11/2017
0

SELEPAS Singapura mengharamkan kemasukan Mufti Besar Zimbabwe, Ismail Menk dan Ustaz Haslin Baharim, kini tiba giliran Johor pula. Kedua-dua penceramah ini...

Haslin, Mufti Menk Boleh Ceramah Di Malaysia – TPM

31/10/2017
0

BERITA BAIK... Khabar gembira buat semua peminat Ustaz Haslin Baharim dan Ismail Musa Menk, apabila mereka berdua tetap dibenar berceramah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd