AKHIRNYA… Teka-teki dan tanda tanya mengenai misteri kisah cinta pelakon cantik, Uqasha Senrose kini sudah terjawab.
Pelakon berumur 25 tahun ini mengakui sedang menjalinkan hubungan mesra dengan pengacara, Hefny Sahad dan bersedia untuk membawa hubungan itu ke fasa yang lebih serius.
Bukan itu sahaja, Uqasha atau nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Sen turut mengakui beliau bakal bertunang tidak lama lagi.

Namun buat masa kini, Uqasha masih belum menetapkan sebarang tarikh untuk majlis berkenaan dan bakal mengumumkan kepada orang ramai apabila tiba masanya kelak.
“Saya tidak pernah mengaku secara terbuka mengenai hubungan saya dengan mana-mana lelaki sebelum ini.
“Buat pertama kalinya ini saya mengaku sedang bercinta dan bahagia dengan Hefny. Apa yang boleh saya kata, kami serius dalam perhubungan ini,” katanya dipetik mStar Online.
Khabar gembira ini disampaikan sendiri oleh Uqasha tanpa paksaan ketika ditemui di majlis Anugerah Skrin 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada malam Jumaat.

Pelakon kelahiran Kelantan ini memaklumkan perkara tersebut bertujuan untuk menjawab kenyataan Hefny sebelum ini yang mengakui Uqasha merupakan wanita paling rapat dengan dirinya.
BACA : Sifat Manja Uqasha Pikat Hati Hefny
“Boleh dikatakan dia seorang wanita yang mempunyai ciri-ciri wanita idaman saya. Malah, Uqasha juga seorang gadis yang menyenangkan. Insya-Allah, doakan yang terbaik buat kami,” ringkasnya.
Tahniah! Finally, terjawab juga status perhubungan pasangan ini. Semoga dipermudah segalanya oleh Allah ya! – MYNEWSHUB.CC/AM
