• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seks Rambang Penyumbang Kes Jangkitan HIV/AIDS

oleh Ahmad Albab
12/11/2017
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Sebanyak 108,519 kes jangkitan HIV dan AIDS direkodkan di negara ini sejak 1986 hingga tahun lepas dan negeri Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 26 peratus daripada jumlah kumulatif itu.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata aktiviti seks rambang membabitkan seks sesama jantina dikenal pasti sebagai punca kepada kes baharu jangkitan HIV dan AIDS di negara ini.

“Dulu penyakit AIDS ni berjangkit majoriti menerusi perkongsian jarum. Kami dah buat program pemberian jarum percuma kepada mereka yang berisiko melalui pelbagai cara termasuk penglibatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Hari ini dah terbalik, banyak kes-kes baharu HIV dan AIDS akibat daripada aktiviti seks rambang.

“Seks rambang antara lelaki dan perempuan serta seks rambang antara lelaki dengan lelaki. Yang ni pun berlaku banyak. Apa yang mengejutkan banyak kes seks rambang antara lelaki dengan lelaki ini melibatkan mereka dalam bidang profesional,” katanya pada sidang media selepas merasmikan sambutan Hari AIDS Sedunia 2017 peringkat negeri Pulau Pinang, di sini hari ini.

Beliau berkata daripada jumlah kumulatif itu, 62.68 peratus berpunca daripada kalangan pengguna dadah yang berkongsi jarum suntikan manakala 27.96 peratus daripada hubungan seksual dan selebihnya berpunca jangkitan daripada ibu kepada anak.

Dr Hilmi berkata kaum lelaki menyumbang sebanyak 88 peratus daripada keseluruhan kes di negara ini, wanita (11 peratus) dan kanak-kanak (satu peratus).

“Situasi ini menunjukkan HIV dan AIDS masih lagi menjadi antara penyakit yang masih mendatangkan ancaman kepada penduduk di negara ini. Daripada aspek transmisi pula hubungan seks dan penagihan dadah merupakan transmisi utama kepada jangkitan HIV. Maknanya, kedua-dua masalah sosial ini adalah gejala sosial utama yang perlu dibendung,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Hilmi berkata kadar jangkitan HIV dan AIDS di negara ini menunjukkan penurunan pada tahun lepas iaitu daripada 28 kes kepada 10.5 kes bagi setiap 100,000 penduduk dengan 3,000 kes baharu direkodkan setiap tahun.

“Kita dah lebih daripada target kita iaitu 11 kes bagi 100,000 penduduk tapi sekarang dah turun 10.5 kes. Kematian akibat jangkitan HIV dan AIDS pula dianggarkan kira-kira 1,000 kematian setiap tahun,” katanya.

Beliau berkata walaupun epidemik HIV dan AIDS di negara ini menunjukkan kemajuan yang baik, namun ia masih terus dilihat sebagai cabaran kesihatan dalam masyarakat terutamanya akses aktiviti pencegahan HIV dan AIDS dan intervensi perubahan tingkah laku yang masih belum memberikan impak seperti yang diharapkan.

Selain itu, katanya perubahan corak transmisi HIV daripada penagihan dadah secara suntikan kepada seksual juga memerlukan perubahan fokus aktiviti yang perlu diberi perhatian. – BERNAMA

Tags: HIV/AIDSseks
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Selamatkan 3 Remaja Perempuan Mangsa Eksploitasi Seks

09/11/2021
0

Polis menyelamatkan tiga remaja perempuan berusia 13 hingga 15 tahun, dipercayai menjadi mangsa eksploitasi seks bawah umur hasil serbuan di...

Agong Bangga Dr Adeeba Dilantik Anggota Majlis Sains WHO

21/04/2021
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada pakar penyakit berjangkit negara,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd