• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Dukung Biawak Ye, Bukannya Suami Orang”

oleh AK-47
12/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG gadis berusia 21 tahun tampil ‘buka mulut’ selepas dirinya dikecam menagih perhatian netizen apabila gambarnya sedang mendukung seekor biawak tular di media sosial.

Dewi Zulaika dari Kuala Kangsar, Perak berkata dia enggan ambil pusing kritikan orang ramai kerana ada sebab mengapa dia memilih untuk memelihara haiwan eksotik itu.

“Saya jumpa Kenit (biawak peliharaannya) dekat sungai dalam keadaan luka dan tak bermaya julai lalu.

“Sebab kasihan, saya terus bawa dia balik rumah untuk dirawat. Saya peliharanya lebih kurang tiga bulan dan selepas sembuh saya melepaskannya, walaupun rasa berat hati,” katanya dipetik mStar Online.

Menurut pencinta haiwan itu, dia tidak pernah menyesal memelihara Kenit dan memuat naik gambar bersamanya di Facebook walaupun tahu dirinya akan dikecam.

“Kenapa nak cakap ‘dia’ kotor? Mulut orang yang cakap tu bersih ke? Lainlah viral saya dukung suami orang, yang itu nak kecam, kecamlah.

“Biarlah apa orang nak cakap yang penting biawak pun makhluk Allah, tak haram disentuh dan saya tak seksa Kenit,” katanya.

Difahamkan, reptilia itu telah dilepaskan semula pada Oktober lalu kerana mahu melihatnya gembira di habitat asal.

Dewi juga dikatakan langsung tidak takut berdampingan dengan spesies haiwan berbahaya yang lain, malah mempunyai 26 jenis ular dan beberapa haiwan berbisa yang dibeli dan ditangkap sendiri.

Sehingga kini, posting gambar wanita itu yang memaparkan aksinya mendukung seekor biawak menerima reaksi yang pelbagai daripada netizen di media sosial. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Biawakpencinta haiwan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Indonesia Tutup Taman Komodo Selama Setahun

24/01/2019
0

PULIHARA... Pihak berkuasa Indonesia bakal tutup sementara Taman Nasional Komodo di wilayah Nusa Tenggara Timur kepada para pengunjungnya selama setahun,...

Biawak 30kg Gemparkan Mahkamah

02/10/2018
0

KECOH... Kehadiran seekor biawak seberat kira-kira 30 kilogram dalam longkang berhampiran kawasan tempat letak kereta Mahkamah Butterworth, telah mengejutkan pengunjung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd