• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Robert Mugabe Nafi Disingkir Partinya

oleh Ahmad Albab
21/11/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HARARE – Robert Mugabe yang disingkirkan partinya mendakwa masih kekal presiden Zimbabwe ketika berucap menerusi siaran televisyen kebangsaan.

Ucapan Mugabe ternyata menimbulkan keadaan tidak menentu terhadap negara itu kerana ramai yang menjangka presiden sejak 37 tahun lalu itu akan hanya bertahan hingga pertengahan Disember ini.

“Kongres Parti (pemerintah ZANU-PF) akan diadakan dalam beberapa minggu lagi dan saya akan mempengerusikan prosesnya,” kata Mugabe.

Mugabe dianggap tidak mempunyai pilihan selepas tentera merampas kuasa hingga membuka ruang bantahan rakyat dan parti yang setia kepadanya mengarahkan beliau meletak jawatan.

Bagaimanapun, beliau yang duduk bersebelahan jeneral yang menjadi dalang campur tangan tentera, menyampaikan ucapan dengan mengatakan beliau tidak terkejut dengan kekacauan itu.

Bercakap dengan nada suara perlahan, Mugabe menegaskan keperluan perpaduan untuk menyelesaikan masalah kebangsaan, retorik yang sering dilaungkan sejak berdekad lamanya.

“Operasi yang berlaku tidak memberi ancaman kepada perintah perlembagaan kita yang dijunjung dan tidak mencabar kuasa saya sebagai ketua negara dan ketua komander,” katanya.

Orang ramai yang berhimpun di kafe dan bar di ibu negara menonton ucapan pemimpin berusia 93 tahun yang dianggap sudah berakhir, masing-masing terkejut, malah ada juga yang menangis. – AFP/BH ONLINE

Tags: Robert MugabeZimbabwe
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Pengajaran Dari Zimbabwe”

19/11/2020
0

1. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) mengajak semua pihak mengambil pengajaran daripada negara Zimbabwe, sebuah negara yang mengalami situasi “hyperinflation”...

Robert Mugabe Meninggal Pada Usia 95 Tahun

06/09/2019
0

HARARE - Bekas Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe meninggal dunia pada usia 95 tahun pagi tadi selepas bertarung dengan penyakit sejak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd