• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM1 Juta Perkembangan Industri Harumanis Perlis

oleh AK-47
21/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta khusus bagi perkembangan industri mangga harumanis di Perlis.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata peruntukan berkenaan akan diguna antaranya untuk penambahbaikan saliran, tanaman dan keperluan logistik bagi meningkatkan produktiviti serta pemasaran harumanis.

“Sebelum ini sudah ada peruntukan, tapi untuk tahun ini tidak banyak… Kita juga akan lihat mungkin ada peruntukan tambahan yang boleh disalurkan (untuk industri harumanis), misalnya mungkin ada bajet daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Memperkasakan Harumanis 2017, di Universiti Teknologi Mara Perlis di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya juga akan berusaha mendapatkan peruntukan kewangan tambahan khusus untuk penyelidikan bagi meningkatkan kualiti ikon kebanggaan Perlis itu.

Katanya kajian khusus harus dilaksanakan kerana harumanis mempunyai keistimewaan serta nilai eksotika tersendiri dan buah berkenaan merupakan jenama negara yang perlu dikembangkan.

“Jika kita lihat perkembangan industri mangga di negara jiran seperti Thailand, mereka mempunyai bistro khas mangga yang mempunyai bekalan mangga sepanjang tahun.

“Oleh itu pihak berkaitan mungkin mahu menimbangkan usaha untuk menghasilkan pengeluaran harumanis sepanjang tahun atau mahu kekalkan harumanis sebagai buah bermusim,” kata Ahmad Shabery.

Bagaimanapun beliau berkata keputusan sama ada untuk menghasilkan harumanis sepanjang tahun mahu pun tidak, terletak kepada hasil perbincangan sepanjang bengkel itu berlangsung hari ini.

“Mungkin juga mereka mahu harumanis kekal sebagai buah bermusim untuk mengekalkan eksotikanya, jadi terpulang kepada bengkel untuk memutuskannya,” katanya.

Dalam pada itu, isu mengenai harga harumanis yang dikatakan terlampau tinggi iaitu RM30 hingga RM50 sekilogram, beliau berkata perkara berkenaan bukan sesuatu yang membimbangkan kerana harumanis merupakan buah ekslusif di negeri ini. – BERNAMA

Tags: harumanis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemilik Kebun Harumanis, Ini Pesanan Mufti Perlis

12/07/2019
0

KANGAR - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mengingatkan pemilik kebun mempelam harumanis di negeri ini supaya tidak...

Harumanis Dicadang Menu Wajib Majlis Kerajaan

22/02/2019
0

KANGAR - Menteri Pertanian dan Industri Asas, Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata, beliau akan mencadangkan kepada Kabinet agar mempelam harumanis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd