• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rizalman Perjelas Fesyen Pelik Kerudung Izara Aishah

oleh AK-47
18/11/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KIRA-KIRA jam 9 malam semalam, pelakon Izara Aishah sah bergelar isteri kepada anak tiri penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid.

Baca: Siti Dapat Menantu, Izara Sah Bergelar Isteri Adib

Memang tidak dinafikan kejelitaan pelakon 25 tahun ini jelas terpancar lebih-lebih lagi apabila menyarung busana pengantin daripada pereka fesyen terkenal tanah air, Rizalman.

Wajahnya pula turut diserikan lagi dengan hasil tangan Khir Khalid, seorang jurusolek terkenal negara.

Dalam kemeriahan dihujani doa dan pujian, ada juga kata-kata yang kurang enak didengar. Khabarnya kerudung yang digayakan Izara mendapat kritikan netizen.

Namun, perekanya, Datuk Rizalman Ibrahim tidak mudah melatah, sebaliknya menjelaskan bahawa Izara berpuas hati dengan rekaannya.

“Secara peribadi dia minta saya hasilkan sesuatu yang unik dengan elemen budaya untuk malam pernikahan itu. Jadi, saya serapkan elemen klasik dan sedikit futuristik.

“Alhamdulillah, dia berpuas hati dan majlis berjalan dengan lancar. Cumanya, Izara agak gementar malam itu, iyalah jadi pengantin,” katanya dipetik mStar Online.

Rizalman sebelum itu sudah memuat naik satu posting di laman Instagramnya menyatakan satu pembaharuan dalam dunia fesyen bakal dipersembahkan pada malam pernikahan pasangan tersebut.

Rizalman dalam pada itu mengakui sukar untuk masyarakat menerima sesuatu fesyen baharu. Namun, dia tidak mengendahkan komen negatif netizen yang mengatakan kerudung rekaannya itu disamakan seperti roti tisu.

“Saya tak kisah orang nak cakap apa, benda baru pasti ada orang cakap. Kerudung itu adalah ilham daripada songket keras yang digunakan zaman diraja dahulu.

“Cumanya, saya terkilan bila orang kita sendiri tak tahu sejarah dan hanya tahu nak kritik sahaja.

“Saya bukan baru dalam industri ini, saya dah merantau banyak negara untuk mencari nilai kesenian mengenai fesyen,” katanya.

Walaupun ada yang mengkritik kerudung tersebut, namun, Instagram pereka fesyen ini masih dihujani dengan pujian kecantikan rekaannya itu.

“Semasa saya buat siaran langsung di Instagram, ramai pengikut dari dalam dan luar negara yang meninggalkan komen tertarik dengan fesyen tersebut.

“Bukan semua yang mengecam, ada juga yang suka. Biasalah, dalam dunia ni tak semua orang suka apa yang kita buat,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, malah, ada juga yang bertanyakan dengan lebih mendalam mengenai rekaannya itu. Jika dilihat kerudung tersebut unik dan lain daripada yang lain.

Disebabkan keunikan itulah, Rizalman bakal muncul dengan rekaan berinspirasikan fesyen tersebut pada tahun hadapan. – MYNEWSHUB.CC/SA

Tags: Adib KhalidDatuk Rizalman IbrahimIzara Aishah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Xiomi Buka Kedai Di Moscow 24 Jam Pertama Dunia

Next Post

Chef Wan Terima Ijazah Kehormat PhD UUM

Related Posts

Izara Aishah, Adib Kongsi Wajah Anak

23/04/2020
0

HAMPIR seminggu ‘menyembunyikan’ wajah puteri tercinta di media sosial, suami kepada pelakon Izara Aishah iaitu Adib Khalid akhirnya berkongsi detik...

Izara Aishah Dapat ‘Baby Girl’

16/04/2020
0

PELAKON Izara Aishah selamat melahirkan anak perempuan dengan berat 2.9 kilogram, semalam. Berita gembira itu dikongsikan ibu mentuanya, Datin Seri...

Next Post

Chef Wan Terima Ijazah Kehormat PhD UUM

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd