• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rizal Mansor Terajui Muafakat Demi Pendidikan Bangsa

oleh Ahmad Albab
05/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pegawai khas kepada Perdana Menteri Datuk Rizal Mansor dilantik sebagai Presiden Badan Permuafakatan Pendidikan Mara Malaysia (Muafakat) susulan mesyuarat agung tahunan badan itu di sini, hari ini.

Beliau menerajui Muafakat untuk tempoh dua tahun sehingga 2019.

“Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan. Saya terima sebagai amanah dan tanggungjawab yang perlu digalas demi anak bangsa. Dengan amanah yang diberikan, saya akan sedaya-upaya mewakili suara para ibu bapa di semua Maktab Rendah Sains Mara, Kolej Mara dan Kolej Profesional Mara,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau percaya dengan sokongan dan kerjasama anggota jawatankuasa yang dipilih, Muafakat akan terus mengorak langkah sebagai sebuah badan yang sentiasa menyokong, membantu dan berusaha mengukuh institusi pendidikan Mara selari dengan objektif penubuhannya.

“Saya anggap kepercayaan yang diberikan ini adalah satu tugasan untuk saya berbakti dan berkhidmat dalam membangun modal insan yang berkualiti dalam kalangan anak bangsa,” kata Rizal.

Muafakat merupakan badan yang dianggotai ibu bapa, pensyarah dan guru MRSM, Kolej Mara dan Kolej Profesional Mara.
Setakat ini, terdapat 61 cawangan Muafakat di seluruh negara dengan keanggotaan 50,000 orang.

Rizal turut menerajui Team Salute Malaysia selaku presiden organisasi itu yang banyak menjalankan aktiviti kebajikan. – BERNAMA

Tags: rizal mansor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

19 Maut Akibat Taufan Damrey Di Vietnam

Next Post

Sasaran 50,000 Individu Bebas Bankrap

Related Posts

Saidi Biaya Kos Umrah Rizal Sekeluarga Selepas Didesak

04/08/2020
0

KUALA LUMPUR - Seorang saksi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa Pengarah Urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin telah...

Rosmah Didakwa ‘Bossy’ Boleh Pengaruhi Keputusan Kerajaan

05/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Walaupun tidak mempunyai kedudukan rasmi, isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor didakwa bertindak ‘bossy’ (suka...

Next Post

Sasaran 50,000 Individu Bebas Bankrap

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd