• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rasuah: Pegawai Kanan Perikanan Direman

oleh Ahmad Albab
06/11/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Seorang pegawai kanan Jabatan Perikanan Labuan direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes rasuah berhubung aktiviti perikanan laut dalam membabitkan warga asing.

Siasatan itu dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 kerana didakwa meminta rasuah berjumlah RM22,000 sejak 2016.

Perintah tahanan reman terhadap penjawat awam berusia 48 tahun itu bermula hari ini hingga 12 Nov, dikeluarkan Majistret Leona Dominic Majiliu di sini.

Pegawai penyiasat Muhalis Moksan memberitahu Bernama suspek dipercayai tidak mengambil tindakan terhadap aktiviti perikanan haram yang melibatkan warga asing.

Pengarah SPRM Labuan Abdulamin Abdillah, dalam kenyataan berkata lelaki itu ditahan SPRM pada 2.15 pagi di rumahnya di Taman Perumahan Mutiara pada Ahad untuk merakam keterangannya berhubung kes itu.

Suspek yang berbaju oren hadir di Mahkamah Majistret di sini pada 9 pagi tadi diiringi pegawai SPRM. – BERNAMA

Tags: Kes Rasuah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Siapa Lelaki Bertopeng Malam ASK2017?

Next Post

AFC 2018: Skuad B-19 Negara Benam Indonesia 4-1

Related Posts

Pendakwaan Bantah Soalan Tiada Kaitan Kes Rasuah Guan Eng

Pendakwaan Bantah Soalan Tiada Kaitan Kes Rasuah Guan Eng

24/10/2024
0

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan dalam kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng membantah soalan dikemukakan pasukan pembelaan...

Perbicaraan Kes Rasuah Anak Hamzah Zainudin Akan Didengar Hakim Baharu

Perbicaraan Kes Rasuah Anak Hamzah Zainudin Akan Didengar Hakim Baharu

08/08/2024
0

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes seorang perunding bebas yang juga anak kepada bekas Menteri Dalam Negeri yang berdepan pertuduhan menerima...

Next Post

AFC 2018: Skuad B-19 Negara Benam Indonesia 4-1

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd