• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rapid KL Kesan Salah Guna Kad Konsesi MyRapid

oleh AK-47
17/11/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menyedari perbuatan sesetengah pengguna rel dan bas menyalahgunakan kad konsesi MyRapid, Rapid KL hari ini memberi amaran bahawa ia akan menyenaraihitamkan mereka yang dikesan berbuat demikian.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn. Bhd., Datuk Zohari Sulaiman berkata kad konsesi MyRapid, yang tidak boleh dipindah milik, disediakan khusus untuk orang kelainan upaya (OKU), pelajar dan warga emas bagi menikmati kadar diskaun tambang sebanyak 50 peratus bagi semua perkhidmatan kendalian Rapid KL.

“Kami mendapati ada pelajar yang diperalatkan oleh anggota keluarga mereka untuk memohon kad konsesi pelajar namun ia disalahgunakan oleh anggota keluarga untuk berulang alik ke tempat kerja.

“Ada juga warga emas yang memberikan kad konsesi mereka kepada anggota keluarga untuk tujuan sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehingga kini, sebanyak 81 kad konsesi merangkumi 48 kad konsesi pelajar, 31 milik warga emas dan dua milik OKU dirampas dalam operasi mengesan penyalahgunaan kad berkenaan pada hari pertama dan kedua operasi Rapid KL bermula pada Rabu.

Zohari berkata pasukan pemantau Rapid KL akan memperhebatkan operasi itu sehingga tiada lagi pengguna melanggar undang-undang berkenaan. – BERNAMA

Tags: Datuk Zohari SulaimanRapid KL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Stesen 3 Laluan Rapid KL Ditutup Sementara Atas Faktor Keselamatan Petang Ini

Stesen 3 Laluan Rapid KL Ditutup Sementara Atas Faktor Keselamatan Petang Ini

26/10/2025
0

Kuala Lumpur: Beberapa stesen Rapid KL ditutup sementara hari ini antara jam 4 hingga 6 petang atas faktor keselamatan sempena...

Banjir Kilat: 9 Hentian Bas Tak Dapat Dilalui Rapid KL

Banjir Kilat: 9 Hentian Bas Tak Dapat Dilalui Rapid KL

04/06/2023
0

SHAH ALAM : Sembilan perhentian bas tidak dapat dilalui susulan banjir kilat berlaku kawasan Setia City Mall pagi ini. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd