• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rancang Serang Perkahwinan Anak Jokowi

oleh Ahmad Albab
09/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Polis Indonesia menangkap seorang suspek militan yang merancang menyerang kedutaan Myanmar dan majlis perkahwinan puteri Presiden Joko Widodo (Jokowi), kata pegawai semalam.

Jurucakap polis Jakarta, Raden Argo Yuwono berkata, suspek, Rizky Anggara Putra, 25, ditangkap di sebuah rumah sewa di Bekasi, pinggir Jakarta pada tengah hari Isnin lalu.

“Rizky yang tinggal di rumah berkenaan bersama ibunya disyaki penyokong kumpulan militan Daish.

“Dia merancang melancarkan serangan terhadap kedutaan Myanmar di Jakarta dan majlis perkahwinan anak perempuan Jokowi,” katanya yang dipetik Kyodo News.

Bagaimanapun, Raden tidak mendedahkan rancangan serangan itu secara terperinci atau senjata yang mahu digunakan suspek.

Majlis perkahwinan puteri Jokowi, Kahiyang Ayu dan pasangannya, Bobby Nasution berlangsung semalam di kediaman keluarga itu di Solo, Jawa Tengah.

Seramai 8,000 tetamu termasuk duta asing hadir ke majlis perkahwinan itu yang diadakan mengikut tradisi Jawa. – Agensi/myMetro Online

Tags: JokowiMilitan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Polis Sentiasa Pantau Bekas Militan, Anggota Terancang

Polis Sentiasa Pantau Bekas Militan, Anggota Terancang

18/05/2024
0

JOHOR BAHRU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan tahap keselamatan terkawal dengan pemantauan sentiasa dilakukan ke atas bekas anggota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd