• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Perlu Terus Pertahan Kerajaan Sedia Ada

oleh AK-47
06/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TENOM – Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Radin Malleh mahu rakyat, khususnya di negeri ini, terus mempertahankan kerajaan sedia ada diterajui Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.

Radin berkata kerajaan pada hari ini mempunyai rekod pencapaian terbaik dalam membawa banyak pembangunan demi kesejahteraan dan keselesaan rakyat selain turut mendapat pengiktirafan daripada pelbagai pihak, justeru, tidak ada sebab rakyat ingin menukar kerajaan sedia ada.

Sehubungan itu, Radin mengingatkan rakyat supaya tidak mudah terpengaruh dengan kempen pihak pembangkang yang cuba mempengaruhi rakyat untuk mengubah kerajaan, sebaliknya mereka perlu terus bersatu padu memberi sokongan penuh tidak berbelah bahagi kepada kerajaan BN.

“Kerajaan BN berada pada landasan terbaik dan rakyat harus bersyukur (dengan nikmat pembangunan dikecapi sekarang),” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan keperluan makanan anjuran pasukan polis Tenom di sini, semalam.

Radin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Melalap berkata kerajaan sentiasa komited untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di kawasan luar bandar menerusi pelbagai program serta inisiatif pembangunan ekonomi dan sosial.

Dalam pada itu, Radin berkata kelulusan permohonan projek perumahan rakyat Termiskin (PPRT) dibuat berdasarkan semakan kelayakan pemohon yang dijalankan sebuah jawatankuasa dipengerusikan pegawai daerah di setiap kawasan.

“Ini bagi memastikan hanya penduduk benar-benar layak dipilih menerima bantuan itu,” katanya dan menambah, sebanyak 15 unit rumah PPRT dibina di Tenom pada tahun ini. – BERNAMA

Tags: Datuk Radin Malleh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BN Iktiraf, Hormati Badan Agama Berpaksikan Rakyat

13/06/2017
0

TENOM - Barisan Nasional (BN) sentiasa mengiktiraf dan menghormati setiap badan keagamaan yang ada di negara ini berlandaskan prinsip parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd