• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Belanja Lebih RM100 Juta Di Lazada Dalam Sehari!

oleh AK-47
14/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KETIKA ada pihak membuat cerita kononnya rakyat Malaysia hidup melarat tidak mampu membeli-belah, lain pula kisah yang berlaku kelmarin apabila ramai netizen berpesta sakan ‘borong’ barang!

Keajaiban itu tercipta apabila ramai pengguna media sosial berpusu-pusu tidak melepaskan peluang beli barang yang diminati secara atas talian bersempena satu promosi sebuah syarikat e-dagang paling popular di Malaysia, Lazada.

Ramai bercerita mengenai tawaran diskaun harga runtuh portal beli-belah terkenal itu yang menganjurkan kempen promosi terbesar setiap tahun pada 11 November baru-baru ini.

Melalui kempen dinamakan 11.11 bersempena angka tarikh itu, orang ramai boleh mendapatkan pelbagai produk terpilih dengan potongan harga sehingga 70 peratus menerusi pembelian di laman webnya.

Tidak kira sama ada barangan makanan seperti Milo dan Nescafe sehinggalah kepada barangan elektronik semuanya dijual dengan harga promo pada hari berkenaan.

‘Menariknya’ rakyat Malaysia difahamkan telah berbelanja lebih daripada RM100 juta dalam masa sehari ketika membeli belah menerusi platform e-dagang berkenaan.

Jumlah itu menurut Lazada merupakan rekod terbesar pernah dicatatkan syarikat itu sejak ia diperkenalkan pada 2013. Malah nilai dagangan kali ini adalah tiga kali ganda berbanding tarikh sama pada tahun lalu.

Sumber yang dipetik Lowyat.net memberitahu pada hari itu sahaja, sebanyak 10 juta kunjungan direkodkan yang mana secara congak lebih 6,900 pengguna meninjau barangan pada setiap minit.

Tidak setakat itu, Lazada turut menganggarkan lebih daripada 1,400 transaksi jual beli berlaku pada setiap minit termasuk set TV UHD jenama Samsung 75 inci berharga RM13,499.

Lebih mengejutkan lagi adalah antara barangan yang menerima pembelian tertinggi adalah telefon pintar dan tablet dengan catatan sebanyak 34,000 unit berjaya dijual!

Sudah semestinya pada hari tersebut kebanyakan daripadanya melakukan transaksi kad kredit yang secara tidak langsung menambahkan lagi ansuran bayaran bulanan sedia ada.

Agak pelik sebenarnya apabila ada pihak mendakwa konon keadaan ekonomi yang dikatakan tidak beberapa stabil ditambah pula nilai susut ringgit tetapi kuasa membeli dalam kalangan masyarakat pula meningkat.

Jadi benarlah rakyat Malaysia kini sememangnya ‘dibebani’ kos sara hidup yang tinggi sehinggakan dalam masa sehari sahaja lebih daripada RM100 juta dibelanjakan dalam talian. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Kos Sara HidupLazada
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wajibkan Pemandu Mabuk Tanggung Kos Sara Hidup Keluarga Mangsa – Firdaus Wong

Wajibkan Pemandu Mabuk Tanggung Kos Sara Hidup Keluarga Mangsa – Firdaus Wong

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung tampil menyuarakan pandangan tegas berhubung isu pemandu mabuk yang mengakibatkan kematian...

Anwar Pengerusikan Mesyuarat Khas Bincang Kos Sara Hidup

Anwar Pengerusikan Mesyuarat Khas Bincang Kos Sara Hidup

27/11/2022
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tahun 2022...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd