• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakan Kongsi Dakwa Haris Baba Menganiaya?

oleh AK-47
28/11/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BARU-BARU ini dikatakan pelakon dan penyanyi Harris Baba didakwa telah menganiaya seorang bekas rakan kongsinya iaitu Ammar Fikri.

Khabarnya, mereka dalam proses untuk menjalankan sebuah perniagaan menjual aksesori telefon secara atas talian.

Menurut Ammar, artis kelahiran Singapura itu telah menyebarkan cerita yang tidak benar mengenainya di laman sosial.

Menurut entri tersebut, Harris menyatakan lelaki di dalam gambar (Ammar) telah ‘melesapkan’ duitnya dan menggunakan kontrak palsu semasa berurusan dengannya.

“Sudah empat hari dan anda masih belum memulangkan duit baki saya. Anda kata anda tidak guna duit saya, tapi saya dengar sebaliknya.

“Tolong berhati-hati jika dia ada menawarkan apa-apa rancangan perniagaan. Kontraknya tidak sah. Dia mendakwa kontrak itu daripada peguam, tetapi tiada nama atau syarikat guaman tersebut,” tulisnya di Instagram.

Menurut Ammar, berita yang disebarkan itu tidak betul. Sebelum ini mereka berdua telahpun bersetuju untuk bekerjasama membuka sebuah perniagaan aksesori telefon. Persetujuan tersebut dilakukan secara lisan.

“Menerusi perbincangan tersebut, masing-masing bersetuju dengan pecahan modal sebanyak 60 peratus dan 40 peratus daripada jumlah keseluruhan RM10,000. Bermaksud, saya laburkan RM6,000, manakala Harris sebanyak RM4,000.

“Dia telah membuat pembayaran bahagiannya pada 23 November lalu ke dalam akaun bank saya. Pada masa yang sama, saya memaklumkan kepadanya akan memasukkan bahagian saya dalam tempoh tiga hari iaitu pada Isnin, 27 November.

“Keesokan harinya, kami bersetuju untuk merakamkan sebuah klip video bagi mempromosikan perniagaan yang bakal dijalankan. Malah, dia turut terlibat secara langsung dalam rakaman itu,” katanya dipetik sebuah akhbar tempatan.

Namun, Harris mendakwa Ammar telah gagal memasukkan wang tersebut ke dalam akaun dan mendesak untuk pulangkannya semula.

Menurut Harris lagi, Ammar gagal untuk menunjukkan bukti transaksi pemindahan wang sekaligus membuatkannya untuk membatalkan sahaja kerjasama tersebut.

“Sehingga ke hari ini (26 November), apabila diminta bukti pembayaran ke dalam akaun, dia gagal menunjukkan sebarang transaksi. Jadi, dari situ saya rasa ada yang tidak kena.

“Disebabkan itu, saya memintanya agar memulangkan semula duit yang telah dilaburkan kerana wujud keraguan terhadapnya,” jelasnya.

Bagaimanapun, Ammar menafikan dakwaan Haris itu.

Oleh kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan, dia terpaksa akur dengan permintaan Harris dan memulangkan baki duit yang telah digunakan untuk klip video tersebut.

“Jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan adalah sebanyak RM1,300. Maka dibahagi dengan dua, saya dan Harris perlu membayar sebanyak RM650 setiap seorang.

“Jadi, saya telah pulangkan semula RM3,350 kepadanya selepas menolak kos perbelanjaan. Namun, Harris tetap tidak berpuas hati. Memang saya bercadang untuk melunaskan kesemuanya dan meminta masa sehingga semalam,” ujarnya.

Pemuda 20 tahun ini kemuadiannya mengambil keputusan untuk membuat laporan polis kerana berasa dirinya pula dianiaya!

Tambahnya lagi, tindakan pelantun suara bagi lagu Katakan itu turut mencemarkan nama baiknya sekaligus menjejaskan reputasinya sebagai seorang usahawan muda.

Haih, macam-macam. Apa-apa pun, selesaikan secara baik di luar pengetahuan umum ya!- MYNEWSHUB.CC/SA

Tags: Harris Baba
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Kecam Konon Harris Tuntut Saman Demi Wang

05/11/2017
0

APA perasaan jika anak kecil kita sendiri terpaksa menahan sakit apabila penutup lampu panas terjatuh ke atasnya dan menyebabkan tubuhnya...

Butik Mohon Maaf, Harris Tetap Teruskan Saman

31/10/2017
0

SABTU lalu, anak penyanyi Harris Baba, Aleena Ziya dimasukkan ke hospital akibat ditimpa dengan penutup lampu panas ketika berkunjung ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd