• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Muda Perlis Derma RM1,000, Solat Di Sulawesi

oleh
11/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKASSAR – Ketika tokoh pembangkang ternama, Tun Dr. Mahathir Mohamad hina kaum Bugis sebagai lanun, lain pula kisah dengan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda bukan sahaja berkunjung ke wilayah masyarakat tersebut di wilayah Sulawesi, Indonesia, malah berkenan mencemar duli menunaikan solat fardu Jumaat di masjid di Universitas Islam Negeri (UIN) Alauddin di sini hari ini.

Kunjungan baginda itu bersempena Seminar Institusi Diraja (SIRaj V) Ke-5 anjuran Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia, Universiti Malaysia Perlis (Unimap) dengan kerjasama UIN Alauddin selama dua hari mulai Jumaat.

Baginda, selaku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perlis (MAIPs) turut berkenan menyampaikan sumbangan berjumlah 3,614,000 rupiah (RM1,000) kepada pihak masjid UIN Alauddin tersebut.

Baca: Naib Presiden Indonesia Tersinggung Bugis Dihina

Juga: Saya Ada Ramai Kawan Pahlawan Bugis – Nik Abduh

Lagi: Selepas Gelar Lanun, Mahathir Hina Bugis Bodoh!

Dan: Hina Bugis, Sultan Selangor Mahu Tun M Disiasat

Menurut laporan media tempatan, turut hadir sama pada majlis yang ringkas berkenaan ialah Naib Canselor Unimap, Prof. Datuk Dr. Zul Azhar Zahid Jamal dan Rektor UIN Alauddin, Prof. Dr. Musafir Pabbari sendiri.

UIN Alauddin ditubuhkan sejak 1962 sempena nama raja Kesultanan Gowa pertama memeluk Islam dan kemudian menjadi agama anutan bangsa Bugis awal abad ke-14, kini memiliki lebih 18,000 pelajar termasuk doktor falsafah.

Sebelum itu Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, supaya para mahasiswa UIN bersyukur apabila berjaya dapat melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi berbanding ramai rakan sebaya mereka.

Sehubungan itu, baginda bertitah supaya mereka berusaha gigih menggunakan peluang diberi itu dengan belajar sebaik mungkin terutama dalam membantu masyarakat setempat setelah tamat pengajian kelak.

Baginda juga bertitah supaya mahasiwa jangan sahaja menghafal ilmu yang dipelajari di universiti tetapi memahami dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian mereka. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Bugis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Baju Bodo Kian Jadi Pilihan Pengantin

20/01/2019
0

ANGGUN... Baju Bodo, mungkin namanya agak ganjil namun pakaian tradisional Bugis itu, kini semakin mendapat tempat di hati kalangan bakal...

Hentikan Kempen Hina Etnik Bugis Pada PRU – PPBMI

09/03/2018
0

JAKARTA - Perhimpunan Pemuda Bugis Makassar Indonesia (PPBMI) berharap anggota politik tertentu di Malaysia tidak mempergunakan isu etnik Bugis dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd