• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Muda Pelawa Pelabur Asing Manfaatkan Perlis

oleh Ahmad Albab
25/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAKU, Azerbaijan – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamallail  mempelawa para pelabur dalam dan luar negara memanfaatkan negeri Perlis sebagai lokasi pelaburan yang terbaik.

Menurut baginda antara bidang pelaburan yang berpotensi ialah dalam sektor logistik, pelancongan, perikanan, automotif dan pertanian moden.

Bertitah melancarkan promosi masakan Perlis yang turut dihadiri perwakilan asing di Rumah Malaysia, Azerbaijan di sini malam tadi, baginda yakin kedudukan strategik negeri itu akan memikat kehadiran pelabur.

Antara lokasi pelaburan utama yang dikenal pasti ialah Padang Besar, yang kini sedang dibangunkan sebagai Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA) dan Pelabuhan Darat Perlis (PIP) manakala Kangar sebagai pusat pentadbiran yang sedang pesat dengan pembangunan komersialnya.

Selain itu, Kuala Perlis yang merupakan bandar maritim dan Kuala Sanglang yang akan menjadi pelabuhan bersepadu juga berpotensi kepada para pelabur.

Mengenai promosi masakan Perlis anjuran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di Azerbaijan, Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dan BMC Travel Sdn Bhd, baginda bertitah ia bukan sekadar memperkenalkan makanan tetapi juga mempromosikan Perlis sebagai destinasi ilmu.

Keberangkatan tiba baginda di majlis itu disambut Duta Besar Malaysia ke Azerbaijan Datuk Roslan Abdul Rahman dan antara tetamu kenamaan yang hadir ialah Duta Besar Palestin, Nasser A. Kareem dan Duta Besar Indonesia Dr. H. Husnan Bey Fananie.

Baginda yang juga Canselor UniMAP bertitah, negeri Perlis juga menawarkan modal insan sedia ada kerana mempunyai banyak Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan anggaran keluaran
graduan dalam pelbagai bidang bagi setahun sebanyak 7,500 orang.

Baginda berada di Azerbaijan sejak Selasa lalu bagi mengetuai delegasi Jelajah Ilmu UniMAP 2017 yang antara lain bagi melebarkan jaringan kerjasama dengan institusi-institusi pengajian tinggi utama di negara itu. – BERNAMA

Tags: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cabaran Globalisasi Tidak Halang Program Penyelidikan UNIMAP

19/11/2018
0

KRAKOW (Poland) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yakin cabaran globalisasi tidak menghalang Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)...

Lahir Lebih Ramai Cendekiawan, Tokoh Akademik

10/10/2018
0

MUSCAT, Oman - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan harapan agar Perlis dapat melahirkan lebih ramai cendekiawan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd