• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Rampas 17,000 Pil Ekstasi Lebih RM530,000

oleh AK-47
22/11/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR — Polis menahan seorang lelaki dan merampas lebih 17,000 biji pil ekstasi bernilai lebih RM530,000 di sebuah rumah di Jalan Abdul Rahman, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Muar, ACP Zaharudin Rasip berkata lelaki berusia 23 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, kira-kira 2 pagi, Isnin.

“Bertindak atas maklumat serta risikan, polis telah membuat serbuan di sebuah rumah yang dipercayai dijadikan sebagai tempat transit dan menahan seorang penganggur yang disyaki menjadi orang tengah.

“Pemeriksaan mendapati sebanyak 17,698 biji pil ekstasi diisi dalam 18 bungkus plastik lutsinar dianggarkan bernilai RM530,940,” katanya dalam sidang media di IPD Muar di sini, hari ini.

Beliau berkata hasil ujian saringan air kencing suspek menunjukkan positif dadah jenis methamphetamine namun lelaki terbabit dilaporkan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Zaharudin berkata suspek direman enam hari hingga Ahad untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

Beliau berkata pihaknya percaya dengan kejayaan ini dapat menumpaskan sindiket-sindiket pengedaran dan penagihan dadah khususnya di daerah ini.

“Setakat ini, ia merupakan tangkapan terbesar membabitkan rampasan narkotik bagi tahun ini di daerah Muar,” katanya. — BERNAMA

Tags: Pil Ekstasi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Iskandar Puteri Jadi Bandar Raya Ke-13 Di Malaysia

Next Post

Video: MBPP Tiada Hati Perut, Kapit Kereta OKU

Related Posts

Polis Tumpas Sindiket Pil Ekstasi Terbesar Negara

15/03/2019
0

ALOR GAJAH - Polis menumpaskan sindiket pil ekstasi selepas merampas sebanyak 285.6 kilogram (kg) serbuk dadah, yang terbesar pada tahun...

4 Ditahan, Dadah Bernilai RM60,000 Dirampas

17/10/2018
0

BATU PAHAT - Tiga lelaki rakyat tempatan dan seorang lelaki warga Indonesia ditahan kerana terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di...

Next Post

Video: MBPP Tiada Hati Perut, Kapit Kereta OKU

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd