• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Labuan Berikrar Hapuskan Gejala Dadah

oleh AK-47
22/11/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Polis Labuan berikrar untuk mengambil segala langkah yang perlu bagi memerangi kegiatan berkaitan dadah di pulau bebas cukai itu.

Ketua Polis Daerah Labuan ACP Adzhar Othman berkata gejala dadah mesti ditangani dengan berkesan agar tidak terus merosakkan masyarakat terutamanya generasi muda.

“Saya telah mengarahkan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik kami agar berusaha sedaya upaya untuk memerangi ancaman dadah,” katanya kepada pemberita pada majlis serah terima tugas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di antara ASP Halimah Abdullah dan ASP Syed Hasrul Sani Syed Adnan di Ibu pejabat Polis Daerah Labuan, di sini hari ini.

Adzhar berkata pihaknya akan menumpukan usaha memerangi dadah di tiga kawasan berpenduduk padat yang dikenal pasti sebagai sarang dadah iaitu Kampung Kiansam, Kampung Muslim dan Kampung Saguking Gersik.

Kira-kira 67.2 peratus daripada kes berkaitan jenayah di pulau ini dilakukan oleh mereka yang positif dadah, katanya.

Beliau juga berkata 75 peratus kes dadah melibatkan pemegang kad imigresen IMM13 yang dikeluarkan untuk pelarian dari Filipina manakala pelajar yang keciciran pula merangkumi 15 peratus.

“Kami telah menahan 257 penagih sejak Januari lalu hingga awal bulan ini dengan 75 orang merupakan warga asing serta merampas kira-kira 62.411 kilogram syabu sepanjang tempoh itu,” katanya.

Beliau juga berkata kes dadah di pulau itu meningkat sedikit dengan 323 kes direkodkan setakat ini tahun ini berbanding 319 kes sepanjang tahun lepas. – BERNAMA

Tags: ACP Adzhar Othmandadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd