• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Pengerusikan Mesyuarat Dasar Wasatiyyah Negara

oleh Ahmad Albab
02/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pelaksanaan Dasar Wasatiyyah Negara Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Bangunan Parlimen.

Menurut kenyataan Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM), pada mesyuarat itu perdana menteri mendengar laporan pelaksanaan dasar berkenaan yang mengandungi enam bidang strategik iaitu pendidikan dan belia; ekonomi dan pembangunan; pentadbiran dan perundangan; perpaduan dan sosial; politik dan kenegaraan serta keselamatan dan pertahanan.

Laporan itu dibentangkan oleh Pengarah IWM, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Yusof Din merangkap setiausaha mesyuarat berkenaan.

Selain pembentangan laporan itu, anggota mesyuarat turut memberi pandangan dan mencetuskan idea-idea bagi memantapkan Dasar Wasatiyyah Negara agar dapat dijalankan secara sistematik dan tersusun di semua peringkat.

Mesyuarat itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr Abdullah Md Zin, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zainal Rahim Seman, ketua-ketua setiausaha kementerian dan setiausaha-setiausaha kerajaan negeri.

Sejurus selesai mempengerusikan mesyuarat itu yang berlangsung kira-kira satu jam setengah, perdana menteri kemudian melancarkan dua buku iaitu ‘Fiqh Wala’ dan Taat: Peranannya Dalam Mensejahterakan Negara’; dan ‘Malaysia Bukan Negara Gagal’.

Menurut kenyataan sama, buku ‘Fiqh Wala’ dan Taat: Peranannya Dalam Mensejahterakan Negara memperhalusi satu aspek daripada fiqh kenegaraan yang mampu memberi kesan positif kepada masyarakat terutama dalam merangka strategi penyelesaian terhadap isu-isu yang menuntut perhatian masyarakat selain mengangkat tema ‘wala’ dan ‘taat’ dalam konteks yang paling asas dan positif.

Sementara, buku ‘Malaysia Bukan Negara Gagal’ pula mengupas dan menidakkan pandangan bahawa Malaysia adalah sebuah negara gagal di mana tuduhan retorik politik itu menjadi frasa yang kerap diperkatakan.

“Buku ini dapat memberi gambaran kepada pembaca mengenai realiti sebenar negara dan menangkis tohmahan dakyah kononnya Malaysia sebuah negara gagal,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razakwasatiyyah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Doa Yang Baik, Kalau Ada Jodoh Apa Salahnya” – Fazura

Next Post

156,000 Pengundi Belum Mendaftar Di Kelantan

Related Posts

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

04/05/2025
0

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga lagi...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

156,000 Pengundi Belum Mendaftar Di Kelantan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd