• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Plagiarisme Satu Jenayah Akademik – Sultan Nazrin

oleh Ahmad Albab
18/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Perbuatan plagiarisme atau penjiplakan adalah satu jenayah akademik, perilaku mungkar terhadap ilmu dan para ilmuwan yang wajib ditangani secara tegas, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Sultan Nazrin yang juga Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) bertitah plagiarisme wajib diberikan perhatian serius dan kaedah pemantauan yang berkesan wajib diformulasi demi memastikan integriti serta kredibiliti sesebuah universiti terus terpelihara.

“Plagiarisme semakin membentangkan cabaran kepada dunia pendidikan setelah bermulanya World Wide Web dengan maklumat tersangat mudah diperoleh secara elektronik melalui Internet.

“Pada masa ini, maklumat begitu mudah disalin, ditiru dan ditampal dalam kerja kursus dan laporan yang disediakan oleh para pelajar,” titah baginda pada Istiadat Konvokesyen kali ke-10 USAS di sini, hari ini.

Istiadat itu melibatkan seramai 843 graduan dengan 785 daripadanya menerima diploma, Ijazah Sarjana Muda (17) dan Ijazah Sarjana (41).

Sultan Nazrin bertitah lambakan bahan dalam Internet menyulitkan warga akademik menyemak kesahihan dan keaslian kerja kursus serta bahan penyelidikan yang dihasilkan pelajar di bawah pengawasan mereka lebih-lebih lagi jika ia melibatkan jumlah yang ramai.

“Semoga dijauhkan nama baik USAS daripada tercemar dengan perbuatan plagiarisme, baik dalam kalangan pelajar, lebih-lebih lagi dalam kalangan warga akademik,” titah baginda.

Selain itu, Sultan Perak bertitah reputasi kegemilangan sesebuah universiti tidak ditentukan semata-mata oleh bilangan siswazah yang dihasilkan, tetapi lebih kepada kualiti.

“Kualiti iaitu siswazah yang berwibawa serta berintegriti, memiliki daya analisis, pemikiran kritikal serta berpegang kepada prinsip yang berteraskan fakta, tegas lagi berani menyatakan kebenaran.

“Pihak berkuasa universiti ada tanggungjawab dan akauntabiliti daripada sudut perundangan dan moral untuk menjamin kredibiliti sesebuah institusi ilmu yang bergelar universiti,” titah baginda.

Sultan Nazrin dalam pada itu menzahirkan ucapan tahniah kepada para graduan yang berjaya memenuhi keperluan akademik masing-masing dan layak dianugerahkan ijazah serta diploma.

Baginda turut bertitah: “Hargailah jasa kedua ibu bapa dan para guru, laksanakan penghargaan tersebut walau berbentuk sepatah ungkapan terima kasih atau dakapan penuh kasih atau bacaan surah al-Fatihah kepada roh mereka yang telah kembali ke rahmatullah”. – BERNAMA

Tags: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Liza Hanim Bakal Jadi Juara Gegar Vaganza 2017?

Next Post

620 Murid Cipta Rekod Paling Ramai Main Ukelele

Related Posts

Ahmad Faizal Dipanggil Menghadap Sultan Perak

03/03/2020
0

KUALA KANGSAR - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu masih belum bersedia untuk memberi penjelasan berhubung kedudukan pentadbiran...

Sultan Nazrin Berkenan Lawat MAHA 2018

02/12/2018
0

SERDANG – Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan melawat pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan...

Next Post

620 Murid Cipta Rekod Paling Ramai Main Ukelele

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd