• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pili, Pancuran, Mesin Basuh Wajib Cekap Air Mulai 2019

oleh Ahmad Albab
13/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA — Pili air, pancuran mandi dan mesin basuh antara produk wajib memiliki Skim Pelabelan Produk Cekap Air (SPPCA) sebelum dipasarkan bermula 2019, kata Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Datuk Mohd Ridhuan Ismail.

Beliau berkata perkara itu yang akan diusulkan kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) adalah antara usaha SPAN sejak Januari 2013 dalam menggalakkan orang ramai menjimatkan penggunaan air dengan menggunakan produk cekap air.

Pada tahun lepas, katanya penggunaan air domestik setiap penduduk di negara ini secara puratanya 209 liter sehari, lebih tinggi daripada sasaran nasional iaitu 180 liter sehari.

“Walaupun harga produk cekap air agak mahal iaitu sekitar 20 peratus daripada produk biasa, namun dari segi penjimatan jangka panjang yang dapat dinikmati pengguna adalah sehingga 50 peratus sebulan.

“Buat masa ini, dua produk iaitu tangki simbah tandas dan injap simbah urinal telah diwajibkan untuk memiliki penarafan SPPCA bagi projek pembangunan baharu bermula 2014,” katanya pada sidang media bersempena Kempen Kesedaran Umum Tentang SPPCA di sini, hari ini.

Beliau berkata SPPCA merupakan cara untuk memaklumkan kepada pengguna mengenai tahap kecekapan air bagi sesuatu produk berdasarkan penarafan tiga bintang mengikut skala penggunaan air iaitu satu bintang (produk cekap air), dua bintang (produk sangat cekap air) dan tiga bintang (produk paling cekap air).

Mohd Ridhuan berkata buat masa ini, pendaftaran skim SPPCA hanya menarik 15 pengeluar untuk mendaftarkan 239 produk mereka sejak diperkenalkan pada empat tahun lalu berbanding ribuan produk yang berada di pasaran.

“Kami mendapati tidak ramai pengguna tahu tentang kepentingan SPPCA. Oleh itu melalui kempen yang akan diadakan mulai 17 November ini di sekitar Lembah Klang, (diharapkan) akan menarik perhatian pengguna mengenai penjimatan yang dapat dilakukan melalui produk cekap air,” katanya.

Katanya pihaknya akan turut melaksanakan kempen yang sama di seluruh Semenanjung pada tahun hadapan.

SPAN bertanggungjawab mengawal selia dengan memantau daripada aspek ekonomi, teknikal dan sosial bagi industri air merangkumi sektor bekalan air dan sektor pembetungan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. – BERNAMA

Tags: SPAN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPAN Pinda Akta 655, Cadang Larang Air Diguna Tujuan Tidak Penting

SPAN Pinda Akta 655, Cadang Larang Air Diguna Tujuan Tidak Penting

26/09/2023
0

PUTRAJAYA: Penggunaan air untuk tujuan tidak penting seperti menyiram rumput dan taman mungkin akan dikenakan sekatan selepas ini, terutama ketika...

SPAN, JAS Siasat Insiden Pencemaran Bahan Kimia Di Sungai Semantan

SPAN, JAS Siasat Insiden Pencemaran Bahan Kimia Di Sungai Semantan

11/08/2022
0

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Air Selangor memulakan siasatan berhubung insiden pencemaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd