• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petani Perlu Berdaya Saing, Lebih Produktif

oleh Ahmad Albab
01/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Golongan petani perlu bersikap lebih berdaya saing dan produktif untuk meningkatkan pendapatan mereka dalam merealisasikan sasaran Malaysia untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi pada 2020.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata melalui Gelombang Tani Nasional (GTN) yang diperkenalkan beberapa bulan lalu diharapkan golongan petani agar lebih kompetitif dan berdaya maju bagi meningkatkan tahap sosio-ekonomi mereka.

“Pada masa ini kerajaan memberi pelbagai bantuan, insentif dan program sokongan untuk petani kita di dalam semua kluster. Namun begitu kita dapati purata pendapatan petani masih lagi rendah iaitu sekitar RM1,000 hingga RM2,000 sebulan.

“Ini tidak mencukupi bagi kaum petani untuk menghadapi keperluan kehidupan terutama perbelanjaan pembelajaran anak, kesihatan dan kebajikan. GTN tentunya akan mengambil masa untuk melihat kesannya dan perubahan minda serta revolusi budaya dalam diri petani itu sendiri perlu dilakukan,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Shabudin Yahaya (BN-Tasek Gelugor) mengenai keberkesanan program GTN meningkatkan tahap sara diri petani serta langkah kementerian dalam mempromosi sektor pertanian sebagai agro pelancongan.

Tajuddin berkata sektor agro pelancongan memberi peluang besar kepada petani meningkatkan hasil pendapatan mereka jika ia digembleng dan dieksploitasi sepenuhnya.

Katanya, penduduk luar bandar boleh menjadikan kawasan kampung mereka sebagai produk agro pelancongan bukan sahaja melalui aktiviti pertanian dan ternakan, malah menerusi aktiviti kesenian dan kebudayaan. – BERNAMA

Tags: Petani
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Parti Pemerintah Thailand Janji Beri Duit Kepada Petani Jika Menang PRU

Parti Pemerintah Thailand Janji Beri Duit Kepada Petani Jika Menang PRU

28/04/2023
0

BANGKOK : Parti pemerintah Thailand, Palang Pracharath (PPRP) yang pengaruh politiknya semakin berkurangan mengumumkan ikrar kempen baharu yang mengejutkan iaitu...

Petani California Mengaku Bunuh 7 Rakan, Dakwa Sakit Mental

Petani California Mengaku Bunuh 7 Rakan, Dakwa Sakit Mental

28/01/2023
0

LOS ANGELES: Lelaki yang dituduh membunuh tujuh rakan sekerja ladang di California memberitahu wartawan Amerika Syarikat bahawa dia sememangnya bersalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd