• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkhidmatan Komuter & ETS Dijangka Pulih Ahad

oleh Ahmad Albab
27/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerja membaik pulih perkhidmatan KTM Komuter dan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) melibatkan beberapa laluan di sekitar Lembah Klang, yang mengalami gangguan susulan insiden tren kargo tergelincir berhampiran dari Stesen Bank Negara, Khamis lepas, dijangka selesai Ahad ini.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), dalam kenyataan hari ini, berkata kelewatan itu berlaku kerana keadaan cuaca di ibu negara yang kerap hujan dan ini menganggu kelancaran jadual kerja baik pulih yang telah diatur sebelum ini.

“Kelewatan juga berlaku disebabkan kedudukan beberapa gerabak yang tergelincir terletak di dalam terowong Stesen Bank Negara telah menyukarkan lagi kerja-kerja pengalihan gerabak,” menurut kenyataan itu.

Susulan insiden itu, KTMB berkata kedua-dua landasan keretapi antara laluan Stesen Kepong dan Stesen KL Sentral terpaksa ditutup bagi menjalankan kerja-kerja membaik pulih.

Katanya, status operasi perkhidmatan tren KTMB dan aturan pengangkutan alternatif yang disediakan masih kekal seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

Pengangkutan van turut disediakan khas bagi para penumpang warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) untuk keselesaan dan keselamatan mereka bagi perjalanan dari Stesen Sungai Buloh ke Stesen KL Sentral dan sebaliknya.

“Kerja-kerja baik pulih sedang giat dijalankan dan sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“KTMB memohon maaf atas kesulitan yang berlaku,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman Twitter rasmi KTMB, @ktm_berhad atau menghubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-22671200.

Dalam kejadian jam 2.58 pagi itu, 2 gerabak tren kargo yang dalam perjalanan menuju ke arah Selatan tergelincir di antara Stesen Bank Negara dan Stesen Kuala Lumpur di KM386.

Insiden itu menyebabkan tren tidak dapat menggunakan laluan di antara Stesen Segambut, Stesen Putra, Stesen Bank Negara dan Stesen Kuala Lumpur. – BERNAMA

Tags: KTMBTren Tergelincir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

21/02/2026
0

JOHOR BAHRU: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berjaya menggagalkan cubaan mencuri kabel sepanjang kira-kira 250 meter di laluan Kempas Baru–Kulai...

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd