• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Telekomunikasi Lebih Baik Dinikmati Penduduk Raub

oleh Ahmad Albab
12/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAUB – Program ‘Menghubung Menyatu’ yang dilaksanakan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di daerah kini dapat memanfaatkan kira-kira 1,400 penduduk susulan pembinaan tiga menara komunikasi di Kampung Jenud, Kampung Sungai Rambai dan Kampung Sengkala.

Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Teknologi Komunikasi KKMM, David Rowbin berkata program tersebut membolehkan rakyat menerima kemudahan dan akses kepada maklumat asas dan hiburan, penyampaian perkhidmatan selain mewujudkan peluang menjana pendapatan secara dalam talian.

“Kerajaan akan membangunkan infrastruktur yang memanfaatkan rakyat seperti menara komunikasi dan capaian internet yang lebih pantas dengan kolaborasi bersama-sama syarikat telekomunikasi manakala penyiaran digital pula dibangunkan dengan kerjasama ASTRO,” katanya.

Beliau ditemui pada majlis pelancaran ‘Menghubung Menyatu’ oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam Datuk Abdul Aziz Mat Kiram di Sekolah Kebangsaan Kuala Atok di sini, hari ini.

Pada majlis itu, seramai 11 penduduk bertuah menerima peralatan siaran digital ASTRO NJOi dan televisyen sumbangan KKMM manakala 61 bantuan barangan keperluan diagihkan kepada penduduk miskan dan asnaf.

Sementara itu, rata-rata penduduk menyambut baik langkah kerajaan melaksanakan program ‘Menghubung Menyatu’ yang dilihat sebagai menyelesaikan masalah komunikasi yang dihadapi mereka sebelum ini.

Bagi Ruzita Hijau, sebelum ini beliau ‘terputus hubungan’ dengan anak-anaknya setiap kali ke tempat kerja kerana rumah mereka di Kampung Kuala Atok di sini tiada talian telefon.

Pekerja bahagian khidmat pelanggan Hospital Lipis itu berkata beliau hanya berdoa supaya empat anaknya yang berusia di antara 19 hingga 15 tahun tahun apa yang perlu dilakukan setiap kali mereka pulang ke rumah.

Namun, kini Ruzita, 41, boleh menarik nafas lega apabila tiga menara komunikasi di Kampung Jenud, Kampung Sungai Rambai dan Kampung Sengkala berhampiran kampungnya sudah mula beroperasi dan membolehkan mereka ‘menumpang’ talian telefon itu.

“Sejak ada pencawang baharu, talian telefon dan internet lebih baik… sudah boleh guna telefon bimbit. Malah, kami sudah ada grup WhatsApp keluarga untuk memudahkan saya dan suami memantau pergerakan anak, “ katanya ketika ditemui pada majlis itu.

Ruzita berkata sebelum ini, beliau juga tidak tahu perkembangan di tempat kerja semasa bercuti dan jika ada kecemasan atau dipanggil bertugas, beliau tidak dapat dihubungi.

Penduduk Kampung Jenud, Mukti Ab Rahman, 54, pula menyifatkan kemudahan itu sebagai ‘melegakan’ kerana beliau pernah berasa ‘kehilangan’ apabila membuat keputusan untuk kembali semula ke kampung itu tujuh tahun lepas setelah bekerja di Kuala Lumpur.

Katanya beliau tidak pernah menyangka telefon bimbit akan memainkan peranan yang sangat penting dalam hidupnya sehinggalah kembali ke sini, di mana beliau perlu keluar ke kawasan lain untuk menggunakannya.

“Pada saat kecemasan, memang kita berharap sangat ada talian. Bila berlaku situasi itu, kami tahu yang kami perlu berdikari untuk keluar sendiri (mendapatkan bantuan).

“Talian sudah ada, tapi saya harap ini boleh diperbaiki lagi kerana jika cuaca buruk, ada masanya talian telefon berada dalam keadaan kurang memuaskan,” katanya.

Bagi Ketua Kampung Kuala Atok, Mustafha Khairi, 39, kemudahan talian telefon itu sedikit sebanyak melegakan dirinya kerana ia merupakan keperluan kepada 420 penduduk khususnya kepada orang muda.

Menurutnya melayari internet menerusi telefon bimbit sudah menjadi perkara biasa bagi golongan muda dengan aplikasi WhatsApp seakan-akan menggantikan penggunaan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

“Grup WhatsApp menjadi medium untuk menyalurkan maklumat atau arahan. Kemudahan ini menjadikan kami tidak lagi ketinggalan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Telekomunikasi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Telco Usaha Atasi Masalah Internet Perlahan Musim PKP

05/04/2020
0

KUANTAN - Semua 13 syarikat telekomunikasi (telco) di negara ini sedang berusaha menambah baik capaian internet di kawasan perumahan yang...

Pakej Khas Internet Percuma Bernilai RM600 Juta

27/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan pakej khas membabitkan pemberian internet percuma kepada semua pelanggan syarikat telekomunikasi, bermula 1 April depan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd